Page 63 - Buku Pengurusan SMKM 2020
P. 63
Pengurusan Hal Ehwal Murid 52
d. Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun). Guru Tingkatan mesti menyediakan senarai tersebut mengikut
format yang disediakan ( rujuk penyelaras tingkatan masing- masing). Serahkan senarai ini kepada Penyelaras
Tingkatan pada minggu 3 sesi persekolahan.
C. Pengurusan Disiplin
C.1 Kad Salah Laku Pelajar
a. Guru Tingkatan hendaklah memastikan setiap pelajar ada kad salah laku
b. Semua kesalahan pelajar yang dicatat oleh guru matapelajaran dalam buku pengurusan kelas hendaklah dicatat
pada kad salah laku pelajar.
c. S/U atau penyelaras disiplin tingkatan hendaklah memberitahu kesalahan pelajar yang direkod oleh unit masing-
masing kepada guru tingkatan untuk dicatat dlam kad salah laku.
C.2 Ponteng Sekolah
a. Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak ada surat daripada ibu bapa/
penjaga atau surat sakit pada keesokkan harinya.
b. Jadual penghantaran surat kes ponteng sekolah adalah seperti berikut:
Ponteng Berkala/ Tidak
Tindakan Ponteng berterusan
Berurutan
Amaran 1 3 hari berturut-turut 10 hari
Amaran 2 7 hari selepas surat Amaran 1 10 hari selepas surat Amaran 1
Amaran 3 7 hari selepas surat Amaran 2 20 hari selepas surat Amaran 2
Buang Sekolah 14 hari selepas surat Amaran 3 20 hari selepas surat Amaran 3
Jumlah keseluruhan 31 hari 60 hari
c. Guru tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam kad Salah Laku pelajar. Rekod
hantaran surat kepada ibu bapa/ penjaga ( dalam fail kelas). Catat tarikh hantar surat amaran pada kad salah laku
pelajar. Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah. Surat Amaran 1, 2,
dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
Amaran 1 Ditandatangani oleh Pengetua
Amaran 2 Ditandatangani oleh Pengetua
Amaran 3 Ditandatangani oleh Pengetua
Buang Sekolah Ditandatangani oleh Pengetua
• Salinan 1 (untuk ibu bapa/penjaga)
• Salinan 2 (untuk disimpan oleh GBK tingkatan)
• Salinan 3 (untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan)
d. Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus dihantar kepada GPKHEM untuk tindakan selanjutnya
dan ditandangani oleh pengetua.
Nota : Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan untuk surat seperti berikut:
• AP = Amaran Pertama
• AK = Amaran Kedua
• AT = Amaran Terakhir (surat berdaftar diberi kepada pihak pejabat poskan)
• BS = Buang Sekolah (surat berdaftar diberi kepada pihak pejabat poskan)
e. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi:
• Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa ibu bapa/ penjaga berjumpa guru tingkatan
masing-masing. Rujuk kepada GBK untuk sesi kaunseling.
• Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa ibu bapa/penjaga berjumpa dengan GPKHEM
terlebih dahulu. Rujuk kepada GBK untuk sesi kaunseling.
• Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa
dengan pengetua.
• Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi
oleh ibu bapa/penjaga melalui surat akujanji. Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula
setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN.
C.3 Buku Kawalan Kelas (BKK)
a. Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.
b. Ketua Tingkatan akan mengambil BKK diwaktu pagi di pejabat. Dan memulangkan semula ke pejabat apabila
tamat sesi persekolahan.
Pengurusan SMK Meranti 2020