Page 64 - Buku Pengurusan SMKM 2020
P. 64

Pengurusan Hal Ehwal Murid             53


                      c.  BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap
                         waktu
                      d.  Guru matapelajaran diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut dan
                         catat nama pelajar yang ponteng pada masa tersebut.
                      e.  Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk kelas/ponteng kelas semasa
                         guru mengajar.
                      f.  Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keaadaan kelas bersih dan teratur. Memantau kekemasan
                         pakaian pelajar sebelum menandatangani BRPP.
                      g.  Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa
                         waktunya. Hanya kes-kes berulang dan berat sahaja yang perlu dirujuk guru penyelaras disiplin tingkatan/ s/u
                         disiplin /PkHem.
                      h.  Guru tingkatan mesti menyemak BKK setiap hari dan mengambil tindakan dan nasihat. Nama pelajar hendaklah
                         dirujuk untuk tindakan selanjutnya pada Penyelaras Disiplin Tingkatan sekiranya kes masih berulang.

               D.  Disiplin Murid
                     D.1  SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua
                         peraturan sekolah setiap masa.

                     D.2  Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran dan tindakan yang sesuai jika mereka dapati seseorang murid
                         itu melakukan kesalahan disiplin

                     D.3  Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada S/U Disiplin atau GPK
                         HEM

                     D.4  Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil
                         serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima
                         hukuman dengan rela hati. Hukuman berganda ( double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk
                         satu salah laku yang dilakukan.

               E.  Pengurusan Unit-Unit dalam Hem
                     E.1  Semua Ketua/ S/U Unit mesti menyediakan KPI unit masing-masing.

                     E.2  Ajk unit bertanggungjawab merancang melaksana dan menilai program untuk unit masing-masing untuk
                         kepentingan dan peningkatan sahsiah pelajar berdasarkan pelan taktikal dan PPPSMKGP

                     E.3  Semua AJK unit bertanggungjawab ke atas kejayaan unit masing-masing untuk mencapai KPI unit masing-masing.









































               Pengurusan SMK Meranti 2020
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69