Page 92 - Buku Pengurusan SMKM 2020
P. 92

Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling          75







                Penyelaras             :   Cik Hjh. Ruzita Binti Ariffin        [GK Bahasa]
                Ahli Jawatankuasa          :   Pn. Noriza Binti Hasan           [ GBKSM ]
                                       :   Ustaz Hj. Zulkifli Bin Hamzah
                                       :   Ustazah Rohana Binti Mat Yunus
                                       :   Ustazah Noor Asmawati Binti Saipudin






                Guru Pembimbing        :   Pn. Noriza Binti Hasan               [ GBKSM ]
                                       :   Pn. Wan Yusnita Binti Wan Deris      [ GBKSM ]


               A. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
                    Terhadap Klien

               1.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab  untuk  mengutamakan  kepentingan klien,
                   sama ada klien individu atau klien kelompok.

               2.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala
                   maklumat yang diperolehi semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang membahayakan klien atau orang-
                   orang di persekitarannya.

               3.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-
                   budaya klien.

               4.  Semasa menjalankan sesi kaunseling, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memelihara
                   kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada
                   dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.

               5.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  membimbing  klien  ke  arah  pembentukan  sikap
                   bertanggungjawab  terhadap  tingkah  lakunya.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  juga  perlu
                   menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

               6.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan
                   membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.

               7.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan
                   diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecatatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam
                   bentuk apa sekalipun.

               8.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses
                   dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

               9.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencapai persetujuan (kontrak) dengan kliennya di
                   peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.

               10.  Persetujuan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak
                   semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

               11.  Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, Guru Bimbingan dan
                   Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang
                   lain yang terlibat.

               12.  Guru Bimbingan  dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak  digalakkan memberi  perkhidmatan  kaunseling kepada
                   saudara  mara,  kawan  karib,  atau  sesiapa  yang  mempunyai  hubungan  intim  dengannya  atau  mempunyai
                   hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian.

               13.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi
                   kaunseling atau ingin bertukar kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain.



               Pengurusan SMK Meranti 2020
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97