Page 94 - Buku Pengurusan SMKM 2020
P. 94

Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling          77



               E.  Tanggunggjawab Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)

               i)      Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)

                       1.  Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
                          sekolah, khususnya kepada GBKSM yang baru dilantik.

                       2.  Berbincang mengenai budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan perkhidmatan bimbingan
                          dan kaunseling yang mampu memenuhi kecemerlangan sekolah keseluruhannya.

                       3.  Berbincang dari semasa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas dan program yang hendak
                          dijalankan.

                       4.  Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, personaliti dan penampilan diri guru bimbingan
                          dan kaunseling.

                       5.  Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dan kaunseling dari pandangan
                          semua pihak dari masa ke semasa, dan berusaha meningkatkannya.

                       6.  Memastikan  GBKSM  menjalankan  perkhidmatannya  berdasarkan  Buku  Panduan  Perkhidmatan
                          Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah.

                       7.  Melaporkan  segera  pergerakan  guru  bimbingan  dan  kaunseling  ke  Jabatan  Pelajaran  berdasarkan
                          borang pelaporan yang diberikan. (Rujukan Rekod Laporan Pergerakan).

                       8.  Memastikan  GBKSM  tidak  diberi  jadual  waktu  mengajar  dan  tugas  lain  yang  boleh  menjejaskan
                          perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih Permainan,
                          Ketua Penasihat Kelab, Guru Biasiswa dan kerja-kerja perkeranian yang lain.

                       9.  Membantu peningkatan tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling.

                       10.  Menggalakkan  GBKSM  menjalankan  kajian  bagi  mengenalpasti  keperluan  perkhidmatan,  punca
                          masalah, strategi kecemerlangan dan data-data terkini mengenai sesuatu kes.

                       11.  Bagi sekolah yang mempunyai lebih dari seorang GBKSM, pihak pentadbiran hendaklah mengagihkan
                          tugas  berpandukan  senarai  tugas  dalam  buku  panduan.  Seorang  ketua  hendaklah  dilantik  dalam
                          kalangan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di sekolah berkenaan berdasarkan kekananan.


               ii)     Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

                       1.  Membantu  dan  bekerjasama  dalam  usaha  awal  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  seperti
                          penubuhan jawatankuasa, pemilihan bilik, kemudahan perkhidmatan lain dan perancangan program.

                       2.  Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurang-kurangnya sekali seminggu,
                          seperti guru akademik lain.

                       3.  Membantu  usaha  mewujudkan  sebuah  bilik  bimbingan  dan  kaunseling  yang  kondusif,  strategik,
                          teraputik, dan memenuhi kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia.

                       4.  Membantu  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  secara  keseluruhannya  berdasarkan  penilaian
                          Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Cemerlang.

                       5.  Memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan untuk menjalankan aktiviti program dan perkhidmatan
                          bimbingan dan kaunseling.

                       6.  Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara optimum dan menyeluruh, serta
                          dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan sekolah.

                       7.  Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan senarai tugas, bidang
                          tugas dan tidak melanggar Kod Etika Kaunseling Sekolah.

                       8.  Memastikan  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  dijalankan  berdasarkan  Buku  Panduan
                          Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah, KPM.

                       9.  Memastikan  peruntukan  Geran  Perkapita  (PCG)  Bimbingan  dan  Kaunseling  digunakan  sepenuhnya
                          untuk aktiviti dan pengurusan kaunseling, berasaskan peraturan kewangan sedia ada.

               Pengurusan SMK Meranti 2020
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99