Page 93 - Buku Pengurusan SMKM 2020
P. 93

Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling          76



               14.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  memastikan  bahawa  kliennya  tidak  menjalani
                   kaunseling dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain pada masa yang sama.

               15.  Sekiranya  mengikut  pertimbangan  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa,  klien  memerlukan
                   perkhidmatan  luar  daripada  bidang  kepakarannya  hendaklah  merujuk  klien  tersebut  kepada  pihak  yang
                   berkenaan.

               16.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan sesuai untuk
                   sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk
                   juga sesi kaunseling yang dirakam.


               B. Tanggungjawab  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa
                   Terhadap Rakan Profesional

               1.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  saling  berusaha  meningkatkan  tahap  kecekapan
                   profesionalismenya.

               2.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka
                   terhadap rakan profesionalnya.

               3.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  bertanggungjawab  untuk  mencegah,  mendedahkan  serta
                   memperbetulkan perlakuan rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang tidak beretika.

               4.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta
                   membela  rakan  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  teraniaya  akibat  tuduhan  dan  tohmahan
                   perlakuan yang tidak beretika.

               C. Tanggungjawab  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa
                   Terhadap Masyarakat

               1.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya
                   masyarakat di mana dia berkhidmat.

               2.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan
                   tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.

               D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan

               1.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani
                   dengan organisasi tempat dia berkhidmat.

               2.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta
                   meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
               3.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi
                   dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan.

               4.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  tidak  boleh  menyalahgunakan  kemudahan  dan  sumber
                   organisasinya.

               5.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan
                   profesionalnya.

               6.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan
                   kerja  dengan  penyelia  dan  stafnya  mengenai  khidmat  kaunseling  khususnya  mengenai  unsur  kerahsiaan,
                   perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.

               7.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan
                   yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.

               8.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara professional oleh
                   Jemaah Nazir Sekolah dari masa ke masa.

               9.  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  hendaklah  bersama-sama  bertanggungjawab  ke  atas
                   peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.


               Pengurusan SMK Meranti 2020
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98