Page 60 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 60

Bab 3  Penaakulan Logik

                          Bagaimanakah anda menafikan suatu pernyataan?                     Standard
                                                                                            Pembelajaran
                            Kita menggunakan perkataan “tidak” atau
                            “bukan” untuk menafikan suatu pernyataan.                  Menafikan suatu pernyataan.
                             Penafian pernyataan p ditulis sebagai ~p
                                                                                                 Indikator

                        Contoh      4                                                      '~p' disebut sebagai
                                                                                           'tilda p'
                      Bentuk  satu  penafian  (~p)  bagi  setiap  pernyataan  (p)  berikut  dengan  menggunakan  perkataan
                      “tidak” atau “bukan”.
                      (a)  12 ialah gandaan 5.                                                                       3
                      (b)  41 ialah nombor perdana.                                                                  BAB
                      (c)  Semua gandaan 5 ialah gandaan 10.
                      (d)  0.4 m bersamaan dengan 400 mm.

                      Penyelesaian:
                      (a)  12 bukan gandaan 5.                    (b)  41 bukan nombor perdana.
                      (c)  Bukan semua gandaan 5 ialah gandaan 10.  (d)  0.4 m tidak bersamaan dengan 400 mm.


                         Rangsangan Minda 2


                         Tujuan:  Menentukan nilai kebenaran suatu pernyataan selepas penafian.
                         Langkah:
                         1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang sesuai.
                         2.  Tentukan kebenaran pernyataan di bawah.


                                   (a)  Semua nombor genap boleh dibahagi tepat dengan 2.
                                   (b)  Semua faktor 6 ialah faktor 8.
                                   (c)  64 ialah nombor kuasa tiga sempurna.
                                   (d)  50% daripada 600 ialah 30.
                                   (e)  {a, b, c} ialah subset kepada {a, b} ∩ {b, c}.


                         3.   Bentuk  penafian  bagi  pernyataan-pernyataan  dalam  langkah  2  dengan  menggunakan
                            perkataan “bukan” atau “tidak”.
                         4.  Tentukan nilai kebenaran penafian pernyataan dalam langkah 3.

                         Perbincangan:
                         Apakah  yang  boleh  anda  nyatakan  tentang  nilai  kebenaran  pernyataan-pernyataan  dalam
                         langkah 2 sebelum dan selepas penafian?

                      Hasil daripada Rangsangan Minda 2, didapati bahawa;

                        Nilai kebenaran bertukar daripada benar kepada palsu atau sebaliknya melalui proses penafian.
                                                                                                      Saiz sebenar

                                                                                                            59
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65