Page 62 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 62

Bab 3  Penaakulan Logik

                      Penyelesaian:
                      (a)  p : 5 + 3 > 5.                         (b)  p : 9 ialah nombor perdana.
                          q : 5 – 3 < 5.                             q : 91 ialah nombor perdana.


                              2
                      (c)  p : 2  = 4.                            (d)  p : –9 < 10.
                              3
                          q : 2  = 8.                                q : 9 < 10.
                      Perkataan “dan” dalam pernyataan matematik membawa maksud kedua-dua.
                      Manakala perkataan “atau” membawa maksud salah satu
                      atau kedua-dua.                                                                                3
                                                                                                                     BAB
                      Berdasarkan gambar rajah di sebelah, tiga pernyataan p, q,
                      dan r dibentuk.
                      p : Rashid sedang berlari.

                      q : Kok Keong sedang berlari.
                      r : Melinda sedang berlari.


                      Anda boleh gabungkan dua pernyataan dengan
                      menggunakan perkataan “dan” atau “atau”.

                      p dan q : Rashid dan Kok Keong sedang berlari.
                      p dan r : Rashid dan Melinda sedang berlari.

                      q atau r : Kok Keong atau Melinda sedang berlari.

                      Daripada  tiga  pernyataan  majmuk  di  atas,  kita  dapati  bahawa  pernyataan  “p  dan  q”  benar
                      kerana  kedua-dua  Rashid  dan  Kok  Keong  sedang  berlari  tetapi  “p  dan r”  adalah  palsu  kerana
                      bukan kedua-dua Rashid dan Melinda sedang berlari. Akan tetapi, pernyataan majmuk “q atau r”
                      benar kerana sebahagian daripada pernyataan itu benar.


                      Maka,  nilai  kebenaran  pernyataan  majmuk  boleh  disimpulkan  seperti  yang  ditunjukkan  dalam
                      jadual kebenaran berikut.

                                 p                    q                  p dan q              p atau q


                               Benar                Benar                 Benar                Benar

                               Benar                Palsu                 Palsu                Benar


                               Palsu                Benar                 Palsu                Benar

                               Palsu                Palsu                 Palsu                 Palsu   Saiz sebenar



                                                                                                            61
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67