Page 61 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 61

Bab 3  Penaakulan Logik


                         Praktis Kendiri 3.1b

                     Bentuk  satu  penafian  (~p)  bagi  setiap  pernyataan  (p)  berikut  dengan  menggunakan  perkataan
                     “tidak” atau “bukan”. Kemudian, tentukan nilai kebenaran penafian tersebut.
                     1.  819 ialah gandaan 9.

                     2.  Lelayang mempunyai dua paksi simetri.
                     3.  Kon mempunyai satu muka melengkung.
                     4.  Dua garis selari mempunyai kecerunan yang sama.
                     5.  Semua persamaan kuadratik mempunyai dua punca yang sama.
              3
              BAB

                         Bagaimanakah anda menentukan nilai kebenaran suatu pernyataan majmuk?

                     Pernyataan majmuk ialah gabungan dua atau lebih pernyataan            Standard
                     dengan menggunakan perkataan “dan” atau “atau”.                       Pembelajaran

                      Contoh      5                                                   Menentukan nilai kebenaran
                                                                                      suatu pernyataan majmuk.
                     Gabungkan pernyataan p dan q berikut dengan perkataan
                     (i)  dan,                           (ii)  atau.
                        (a)  p : Pentagon mempunyai dua pepenjuru.
                            q : Heptagon mempunyai empat pepenjuru.

                        (b)  p : Piramid mempunyai lima satah.
                            q : Piramid mempunyai lima bucu.

                        (c)  p : – 4 ialah integer.
                            q : 2 ialah integer.
                     Penyelesaian:

                     (a)   (i)  Pentagon mempunyai dua pepenjuru dan heptagon mempunyai empat pepenjuru.
                        (ii)  Pentagon mempunyai dua pepenjuru atau heptagon mempunyai empat pepenjuru.
                     (b)   (i)  Piramid mempunyai lima satah dan lima bucu.
                        (ii)  Piramid mempunyai lima satah atau lima bucu.

                     (c)   (i)  – 4 dan 2 ialah integer.

                        (ii)  – 4 atau 2 ialah integer.
                      Contoh      6

                     Tentukan dua pernyataan p dan q daripada ayat majmuk di bawah.
                     (a)  5 + 3 > 5 dan 5 – 3 < 5.
                     (b)  9 dan 91 ialah nombor perdana.
                                   3
                     (c)  2 = 4 atau 2  = 8.
                          2
              Saiz sebenar
                     (d)  –9 < 10 atau 9 < 10.
                    60
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66