Page 67 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 67

Bab 3  Penaakulan Logik

                         Bagaimanakah anda membina dan membandingkan nilai                 Standard
                         kebenaran akas,  songsangan dan kontrapositif bagi                Pembelajaran
                         suatu implikasi?
                                                                                      Membina dan
                     Sebelum membandingkan nilai kebenaran akas, songsangan dan       membandingkan nilai
                     kontrapositif suatu implikasi, perhatikan perbezaan antara empat    kebenaran akas, songsangan
                     jenis pernyataan tadi dengan contoh berikut.                     dan kontrapositif bagi
                                                                                      suatu implikasi.
                       Pernyataan   : Jika Ali seorang pengawas, maka Ali seorang yang berdisiplin.
                       Akas         : Jika Ali seorang yang berdisiplin, maka Ali seorang pengawas.
                       Songsangan  : Jika Ali bukan seorang pengawas, maka Ali seorang yang tidak berdisiplin.
              3
                       Kontrapositif : Jika Ali seorang yang tidak berdisiplin, maka Ali bukan seorang pengawas.
              BAB
                     Secara generalisasi,
                                        Pernyataan   : Jika p, maka q.
                                       Akas         : Jika q, maka p.
                                       Songsangan  : Jika ~p, maka ~q.
                                       Kontrapositif : Jika ~q, maka ~ p.

                      Contoh     12


                     Tulis akas, songsangan dan kontrapositif bagi implikasi yang diberikan berikut.
                     (a)  Jika x ialah nombor positif, maka x lebih besar daripada 0.
                              2
                                  2
                     (b)  Jika p  – q  > 0, maka (p + q)(p – q) > 0.
                     (c)  Jika x = 5, maka x + 1 = 6.

                     Penyelesaian:
                     (a)  Pernyataan   : Jika x ialah nombor positif, maka x lebih besar daripada 0.
                         Akas        : Jika x lebih besar daripada 0, maka x ialah nombor positif.
                         Songsangan  : Jika x bukan nombor positif, maka x tidak lebih besar daripada 0.
                         Kontrapositif : Jika x tidak lebih besar daripada 0, maka x bukan nombor positif.
                                                2
                                            2
                     (b)  Pernyataan   : Jika p  – q  > 0, maka (p + q)(p – q) > 0.
                                                                 2
                         Akas        : Jika (p + q)(p – q) > 0, maka p  – q  > 0.     TIP
                                                                     2
                                                2
                                            2
                         Songsangan  : Jika p  – q  ≤ 0, maka (p + q)(p – q) ≤ 0.     ~p merupakan pelengkap
                                                                                      bagi p. Maka, pelengkap
                                                                  2
                                                                      2
                         Kontrapositif : Jika (p + q)(p – q) ≤ 0, maka p  – q  ≤ 0.   bagi p  – q  . 0 ialah
                                                                                           2
                                                                                              2
                                                                                       2
                                                                                          2
                     (c)  Pernyataan   : Jika x = 5, maka x + 1 = 6.                  p  – q  ø 0.
                         Akas        : Jika x + 1 = 6, maka x = 5.
                         Songsangan  : Jika x ≠ 5, maka x + 1 ≠ 6.
                         Kontrapositif : Jika x + 1 ≠ 6, maka x ≠ 5.
                     Selepas  mengenal  pasti  akas,  songsangan  dan  kontrapositif  suatu  implikasi,  anda  akan  menilai
                     kebenaran pernyataan yang disebut tadi.
              Saiz sebenar
                    66
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72