Page 208 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 208

7.1 Serakan



                    Bagaimanakah membina histogram dan poligon kekerapan?
               Semasa di Tingkatan 4, anda telah mempelajari cara mentafsir
               serakan bagi data tak terkumpul menggunakan plot                Membina histogram dan
               batang-dan-daun dan plot titik. Bagi suatu set data terkumpul,   poligon kekerapan bagi
               kita boleh melihat serakan dengan membina histogram dan         suatu set data terkumpul.
               poligon kekerapan bagi data tersebut. Sebelum membina
               histogram dan poligon kekerapan, anda perlu mengetahui selang
                                                                               Buletin           Ilmiah
               kelas, had bawah, had atas, titik tengah, sempadan bawah,       Bu letin            Il mia h
               sempadan atas dan kekerapan longgokan yang boleh diperoleh     Selang kelas ialah
               daripada jadual kekerapan.                                     ukuran julat bagi suatu

                MobiLisasi Minda 1   Berkumpulan                              pembahagian data.
                 Tujuan:  Mengenal pasti had bawah, had atas, titik tengah, sempadan bawah dan sempadan
                         atas bagi suatu set data.
                 Langkah:                                               8    10     4    7     1
                 Diberi suatu set data bagi wang saku harian, dalam     5     2     8    11    4
                 RM, yang diterima oleh 20 orang murid pada suatu       5     7    15    3     4
                 hari tertentu.                                        14    12     7    11    9
                   1.  Kenal pasti data terkecil dan data terbesar.
                   2.  Merujuk kepada data, kumpulkan data kepada 3, 4, 5 atau 6 bahagian mengikut
                     urutan. Contoh, satu kumpulan dengan 3 bahagian yang seragam bermaksud 1 – 5,
                     6 – 10 dan 11 – 15.
                   3.  Dengan menggunakan  kaedah  gundalan,  pilih  dan masukkan  data  dalam  bahagian
                     kumpulan data yang telah ditentukan.
                   4.  Berdasarkan setiap bahagian data, tentukan
                     (a)  had bawah (nilai terkecil dalam suatu bahagian data) dan had atas (nilai
                          terbesar dalam suatu bahagian data),
                     (b)  titik tengah setiap bahagian data,
                     (c)  (i)  nilai pertengahan antara had bawah suatu bahagian dengan had atas
                              bahagian sebelumnya,
                          (ii)  nilai pertengahan antara had atas suatu bahagian dengan had bawah bahagian
                              selepasnya.
                   5.  Lengkapkan jadual kekerapan dengan hasil dari langkah 3, 4(a), 4(b), 4(c)(i) dan
         7
         BAB         4(c)(ii) seperti di bawah.

                  Wang saku                     Langkah 4(a)       Langkah 4(b)     Langkah 4(c)
                     (RM)      Kekerapan   Had bawah   Had atas     Titik tengah    (i)      (ii)




                 Perbincangan:
                 Bincang dan tuliskan definisi bagi menentukan had bawah, had atas, titik tengah, sempadan
                 bawah dan sempadan atas bagi suatu set data.


                 198
                 KPM
   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213