Page 10 - AMALI 3 ebook AFI ASRAF
P. 10

AMALI 3                                                                            SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN

               Untuk ujian larutan metilena biru.

                             Warna larutan metilena      Warna larutan metilena          Warna larutan
                                 biru 0.1% dalam        biru 0.1% dalam sampel        metilena biru 0.1%
                   Masa
                                   sampel air A                   air B               dalam sampel air C


                   1 hari               Biru                       Biru                       Biru

                   2 hari               Biru                       Biru                       Biru


                   3 hari             Jernih                       Biru                       Biru


                   4 hari              Jernih                     Jernih                      Biru

                   5 hari              Jernih                     Jernih                 Luntur sedikit





               PERBINCANGAN

                       Berdasarkan dapatan ujian kualiti bagi air yang dijalankan, hanya sampel C iaitu air paip

               kerajaan sahaja yang boleh dikatakan berkualiti. Hal ini dikatakan demikian kerana mengambil
               kira aspek rupa fizikal air. Air yang jernih selalunya bermaksud air yang bersih, manakala air yang
               keruh  ataupun  berwarna  mungkin  disebabkan  oleh  pencemaran  akibat  benda-asing  ataupun

               organisma.  Selain  itu,  aspek  bau  dan  rasa  air.  Air  yang  berbau  busuk  ataupun  tidak
               menyenangkan mungkin disebabkan oleh pencemaran terutamanya pencemaran bahan organik
               disebabkan oleh  penguraian organisma  ataupun  tumbuhan  yang mati. Bau busuk  juga boleh

               disebabkkan oleh kandungan sulfur di dalam air yang wujud secara semulajadi. Air yang berbau
               klorin adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan melainkan jika ianya terlalu kuat.  Air yang

               tercemar boleh menyebabkan rasa air tidak menyenangkan seperti rasa sabun, terlalu payau dan
               lain-lain. Rasa sabun mungkin disebabkan oleh air terlalu beralkali dan terlalu payau mungkin
               disebabkan kandungan mineral garam yang tinggi.


                       Tidak dapat dinafikan kepentingan air bagi sampel A dan sampel B iaitu air longkang dan
               air sungai. Hal ini kerana pemprosesan air paip kerajaan yang dirawat juga berasal daripada air

               tersebut.  Air yang dirawat adalah air yang telah menjalani proses pembersihan dari bahan-bahan
               pencemar untuk tujuan digunakan oleh manusia termasuk minum. Sumber air yang dirawat ini

               mungkin dari air mentah iaitu air semulajadi seperti air hujan, air sungai, air tasik dan air di dalam
               tanah ataupun air yang telah digunakan oleh manusia. Air yang telah digunakan oleh manusia
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15