Page 5 - AMALI 3 ebook AFI ASRAF
P. 5

AMALI 3                                                                            SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN

                   3.  Suhu
                       Ujian  suhu  membantu  menentukan  kadar  tindak  balas  biokimia  dalam  persekitaran

                       akuatik dan sememangnya sama ada ia dapat berlaku sama sekali. Jika suhu air terlalu
                       tinggi,  ini  dapat  mengehadkan  keupayaan  air  untuk  memegang  oksigen  dan
                       mengurangkan kapasiti organisma untuk menentang pencemar tertentu.

                   4.  Kekeruhan

                       Kekeruhan adalah proses mengukur jumlah bahan terampai atau termendap di dalam air.

                       Jika air mempunyai kekeruhan yang tinggi, proses fotosintesis tumbuhan akuatik akan
                       terjejas kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi air untuk melakukan fotosintesis.

                       Oleh sebab itu, kepekatan karbon dioksida akan tinggi di dalam air kerana tidak dapat
                       ditukarkan kepada oksigen melalui fotosintesis.


                   5.  Nilai pH

                       Untuk mengukur sifat kimia air bagi menentukan kualitinya adalah dengan menggunakan

                       nilai  pH.  Nilai  pH  dapat  menentukansama  ada  cecair  tertentu  adalah  asid  atau  bes.
                       Kebanyakkan organisma akuatik hanya dapat bertahan dalam lingkungan pH 6 hingga 8.
                       Kepekatan ion hidrogen dalam air bersih yang neutral adalah 10-7 g/l. Julat pH adalah

                       antara skala 0 hingga 14. Klasifikasi nilai pH adalah seperti yang berikut :

                             ➢  pH = 7 menunjukkan keadaan neutral


                             ➢  0 < pH < 7 menunjukkan keadaan berasid


                             ➢  7 < pH < 14 menunjukkan keadaan bes (alkali)

                   6.  Rasa


                       Air  minum  biasanya  tidak  mempunyai  rasa  (tawar).  Air  yang  memiliki  rasa  yang aneh
                       menunjukkan kehadiran zat terlarut yang boleh membahayakan kesihatan.


                   7.  Nilai BOD

                       BOD (Biological  Oxygen  Demand) iaitu  jumlah  oksigen  terlarut  yang  diperlukan  oleh

                       mikroorganisma untuk mengurai bahan  organik di dalam air. Jika nilai BOD air sungai
                       semakin  tinggi  maka  semakin  rendah  kualiti  airnya.  DO  (Dissolve  Oxygen)  dan  BOD

                       saling berkaitan kerana apabila nilai BOD tinggi ia akan  menurunkan nilai DO kerana
                       terdapat banyak kandungan mikroorganisma di dalam air sungai.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10