Page 8 - AMALI 3 ebook AFI ASRAF
P. 8

AMALI 3                                                                            SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN

               Ujian 5 : pH


                  I.   50ml sampel air A dimasukkan ke dalam bikar.
                 II.   Meter pH dikalibrasi menggunakan larutan buffer.
                 III.   Meter pH dipindahkan ke dalam bikar berisi sampel air A.

                IV.    Bacaan pada meter pH direkodkan ke dalam jadual.
                 V.    Langkah 1 hingga 4 diulang dangan menggantikan sampel air A dengan sampel air B dan
                       sampel air C.


               Ujian 6 : Rasa


                  I.   Rasa sampel air A, B dan C diramalkan menurut nilai pH air.
                 II.   Ramalan direkodkan ke dalam jadual.


               Ujian 7: Metilena biru

                  I.   Tiga biji botol reagen berpenutup disediakan.

                 II.   100ml sampel air A dimasukkan ke dalam sebiji botol reagen.
                 III.   Dengan menggunakan picagari, 1.0ml larutan metilena biru 0.1% dipindahkan ke dalam
                       sampel air itu.

                IV.    Semasa pemindahan larutan metilena biru itu, jarum picagari dipastikan supaya tercelup
                       di dalam sampel air.

                 V.    Botol reagen itu ditutup kemas dengan penutup dan dilabelkan. Botol reagen tidak boleh
                       digoncang.
                VI.    Botol reagen itu disimpan dalam sebuah almari gelap dan jam randik dimulakan.

                VII.   Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan sampel air B dan sampel air C.
               VIII.   Warna larutan dalam botol-botol reagen itu diperiksa setiap 1 hari selama 5 hari.

                IX.    Keputusan eksperimen dicatatkan dalam sebuah jadual.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13