Page 4 - AMALI 3 ebook AFI ASRAF
P. 4
AMALI 3 SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN
Justeru, kualiti air perlulah sentiasa terjaga agar dapat memenuhi keperluan
penggunanya. Air digunakan untuk berbagai-bagai tujuan termasuk bekalan air domestik,
perindustrian, pengairan, pertanian, laluan dan pengangkutan, perikanan, penjanaan kuasa
elektrik hidro dan rekreasi. Pencemaran air juga biasanya disebabkan kegunaannya sendiri oleh
aktiviti manusia iaitu perindustrian, kegiatan domestik, perlombongan, pertanian, dan perikanan.
Aktiviti-aktiviti ini akan memcemarkan air dengan pelepasan sisa toksik berbentuk cecair dan
pepejal. Sisa-sisa organik daripada sistem kumbahan perumahan menyebabkan peningkatan
keperluan oksigen biokimia (BOD) air.
Ujian menentukan kualiti air dari segi sifat fizikal seperti perubahan warna, bau, suhu,
kekeruhan, sifat kimia seperti nilai pH dan rasa air.
1. Warna
Air yang bersih adalah tidak berwarna/jernih. Warna air menunjukkan bahawa
kemungkinan terdapat bendasing di dalamnya. Jadual berikut merupakan ramalan
kandungan air yang memiliki warna berbeza :
Warna Kandungan
Kemerahan Oksida besi
Keperangan atau kehitaman Oksida mangan
Kehijauan Kalsium karbonat
Keperangan Bahan-bahan organik (tannin, lignin, asid humus
daripada pereputan tumbuhan)
2. Bau
Air yang berbau kebiasaanya tidak disukai oleh masyarakat. Bau air dapat memberi
petunjuk terhadap kualiti air, misalnya bau hanyir dapat disebabkan oleh terdapat benda
mati atau benda yang busuk di dalam air.