Page 2 - Amali Biota Tanah
P. 2

Amali  1
               Tajuk

               Ekosistem tanah - Biota tanah dan jaringan makanan

               Tujuan

               Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang
               berbeza.


               Pengenalan/Teori
                       Kehidupan terdiri daripada dua komponen  iaitu tidak hidup (abiotik) dan hidup (biotik).

               Komponen abiotik merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan
               udara dan cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti

               haiwan,  tumbuhan,  mikroorganisma  dan  manusia.  Interaksi  antara  komponen  biotik  dengan
               abiotik  ini  membentuk  satu  jaringan  ekosistem.  Suatu  ekosistem  terdiri  daripada  tumbuhan,
               haiwan  sebagai  biodiversiti  dan  faktor-faktor  abiotik  yang  bekerjasama  dalam  penjanaan,

               penyimpan dan pemindahan tenaga, nutrien dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga
               dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan. Tenaga
               disimpan dalam bentuk lemak dan protein dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan

               tersebut dimana haiwan mendapatkan hanya 1/10 iaitu 10 peratus daripada keseluruhan tenaga
               yang dipindahkan.
                       Organisma-organisma  dalam  tanah  menguraikan  tisu-tisu  tumbuhan  dan  haiwan

               memindahkan tenaga kepada mereka manakala hasil nutrien dihantar semula ke tanah untuk
               diambil balik oleh tumbuhan. Kebanyakan mikroorganisma menghasilkan fungsi-fungsi ekosistem

               dan  menyumbang  kepada  lebih  kepelbagaian  dan  kestabilan  kepada  ekosistem  itu  sendiri.
               Ekosistem ialah kitaran bahan yang menghubungkan organisma dalam satu komuniti yang lain
               dengan persekitaran. Biosfera pula keseluruhan zon bumi, air dan atmosfera yang wujudnya

               hidupan. Kesemua ini saling bergantung dan bersandaran antara satu sama lain bagi memastikan
               ekosistem alam sentiasa seimbang dan memenuhi keperluan organisma yang ada di muka bumi.

               Saling kebergantungan ini contohnya persaingan, pemangsaan dan hubungan parasit-perumah.
               Selain  itu,  biota  juga  saling  bertindak  dengan  persekitaran  fizikal  dan  kimia  di  sekeliling.
               Ekosistem  adalah  hubungan  antara  organisma-organisma  dan  saling  berhubungan  dengan

               persekitaran yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran bahan-bahan. Ekosistem adalah
               sistem terbuka di mana input-input, perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien
               berlaku.
   1   2   3   4   5   6   7