Page 4 - Amali Biota Tanah
P. 4
Prosedur
1. Dua sampel tanah iaitu sampel tanah A dan sampel tanah B diambil daripada dua lokasi yang
berlainan iaitu sampel tanah A diambil di tempat tapak pembuangan sampah manakala
sampel tanah B diambil di kebun berhampiran pokok pisang.
2. Sampel yang diambil dimasukkan ke dalam plastik polibeg dan dilabel. Jenis tanah dan ciri-
ciri tempat pengambilan tanah direkodkan dalam jadual.
3. Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat.
4. Tanah daripada lokasi yang sama dicampur aduk bersama sepenuhnya.
5. Tanah tersebut dimasukkan ke dalam botol plastik air yang telah direka dan dibuat
bersesuaian seperti salur corong tulgren yang dibawahnya diletakkan bikar terisi air seperti
dalam rajah dan dibiarkan selama 48 jam dibawah sinaran.
6. Bikar yang mengandungi air dikeluarkan daripada replika salur tulgren dan makrofauna yang
terperangkap diambil dan direkod.
7. Sampel tanah dari lokasi A dan lokasi B yang diukur jumlahnya diperhatikan di bawah kanta
pembesar.
8. Makrofauna yang dijumpai diasingkan ke dalam piring petri dan dikenalpasti.