Page 3 - Amali Biota Tanah
P. 3
Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku pada satu arah sahaja. Paling biasa aliran tenaga
bermula bila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis.
Autotrof adalah organism pengeluar primer bagi sesuatu ekosistem. Sebatian organik yang kaya
menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan
dalam ekosistem. Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai makanan yang bergabung.
Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula dari produser, konsumer yang pelbagai
dan pengurai. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang ke persekitaran
terutamanya dalam bentuk metabolisma. Kebanyakan nutrien dikitar semula dalam jaringan
makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, nitrogen, fosforus dan bahan-
bahan lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran biogeokimia.
Hipotesis
Lokasi sampel tanah A (tanah tapak pembakaran sampah) mempunyai bilangan makrofauna
yang banyak berbanding Lokasi sampel tanah B (tanah kebun).
Pemboleh Ubah
Yang Dimanipulasi : Lokasi sampel tanah
Yang Bergerakbalas : Bilangan dan jenis-jenis makrofauna
Yang Dimalarkan : Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofauna
Bahan dan radas
Pencakar tanah, Lokasi sampel tanah A (tanah tapak pembuangan sampah), Lokasi sampel
tanah B (tanah kebun), mentol lampu, bikar, botol air mineral, kasa dawai, plastik polibeg, piring
pateri, sampel tanah, slaid kaca, mikroskop, air, kaki retort.