Page 287 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 287
(iii) Memasukkan identiti budaya tempatan seperti konsep rekabentuk dan motif bunga hiasan pada
Mizwalah. Konsep rekabentuk dan motif bunga hiasan adalah merupakan lambang identiti budaya
yang wajib ada di mana-mana tempat sekalipun. Adat pembinaan di alam Melayu ialah dengan
menampilkan motif yang berasaskan flora dan fauna awan larak, bunga ketam guru, bunga tanjung,
bunga lada dan lain-lain. Bunga-bunga ini bertepatan dengan kawasan alam Melayu yang kaya dengan
tumbuh-tumbuhan. Berbanding dengan kawasan-kawasan di Asia tengah dan Asia Barat yang
menampilkan motif bunga geometri yang terhasil daripada kefahaman seni dan sains matematik.
Gambarajah 14 : Motif bunga hiasan Ketam Guri, motif yang bunga yang sentiasa
dijadikan motif ukiran-ukiran kayu di Kelantan. Diselitkan bersama nama Abdullah
Hassan dengan tulisan khat kufi qahiri (menyerupai Quran lama Mushaf Utsmani)
sempena nama pembuat Mizwalah.
(iv) Menggunakan bahan tahan lama bagi mengekalkan rekabentuk pembuatan Mizwalah yang akan
diletakkan di bawah cahaya Matahari untuk suatu tempoh masa yang lama. Sesetengah Mizwalah lama
yang dibina pada zaman pemerintahan empayar Islamyang masih bertahan adalah disebabkan medium
dan bahan yang digunakan daripada marmar (rukhamah), dan sesetengahnya yang lain yang
menggunakan bahan tanah yang dibakar sehingga menjadi keras. Terdapat sesetengah Mizwalah pula
yang menggunakan tembaga, yang lebih tahan panas dan karat untuk tempoh beratus tahun lamanya.
158