Page 283 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 283

Sama seperti Gambarajah 10(a), Gambarajah 11(a) di bawah adalah Mizwalah pada Gambarajah 11 yang
               telah dicerakinkan kepada jam Afrankiyyah iaitu merujuk kepada waktu gerakan Matahari Hakiki, atau true
               local time di Latitud 30.03 darjah Utara. Penandaan jam adalah berada di bahagian tepi (bingkai) Mizwalah
               bermula di sebelah kiri, menurun hingga ke bahagian bawah dan berakhir pada hujung sebelah kanan.
               Mizwalah ini bermula pada jam 7 pagi sehinggalah pada waktu Zuhur pada jam 12 tengahari. Kemudiannya
               Matahari berada di langit Barat dan penandaan berakhir pada jam 6:30 petang. Sela masa yang digunakan
               antara garisan jam ini adalah setiap 30 minit.


































                       Gambarajah 11(a) : Mizwalah jenis menegak pada sudut pesongan bearing Azimut
                       15 darjah ke arah Tenggara dicerakinkan kepada Jam Afrankiyyah dan mengikut
                       waktu Hakiki Matahari



               Gambarajah 11(b) di bawah pula adalah Mizwalah pada Gambarajah 11 yang telah dicerakinkan kepada
                   C
               jam  Arabiyyah iaitu merujuk kepada waktu yang berbaki sebelum masuknya waktu Maghrib. Penandaan
                                                                                         C
                                                                                     C
               waktu jam ini dibaca pada bahagian atas tengah Mizwalah, di bawah tulisan Sā āt  Arabiyyah. Jam ini
               bermula pada jam 3 pagi sehinggalah waktu tengahari pada jam 6. Penandaan garisan jam ini berakhir pada
               jam 12 malam.

               Kedudukan garisan jam ini pula tidak condong sebagaimana Gambarajah 10(b) yang dilihat lebih condong
               dan berbentuk italic. Garisan lurus berwarna merah pula adalah penandaan waktu Zuhur. Segitiga pada
               tengah  Mizwalah  ini  ialah  paksi  Mizwalah  untuk  diletakkan  jarum  jam  secara  condong  yang  akan
               menghasilkan bayang di atas permukaan Mizwalah yang dibuat. Penandaan Qaws bagi waktu Asar dan
               garisan arah kiblat juga tidak ada di dalam lakaran Mizwalah ini sebagaimana Gambarajah 10.





                                                                                                                154
   278   279   280   281   282   283   284   285   286   287   288