Page 278 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 278
Gambarajah 7 : Contoh Mizwalah jenis mendatar Waktu Piawai
4.4. Waktu Arab dan Waktu Perancis
Terdapat beberapa jenis sistem pengukuran waktu yang asas digunakan oleh ahli-ahli falak Islam sebelum
sistem waktu piawai dunia digunakan secara matang pada hari ini. Sistem jam ini dapat diperhatikan
kepada garisan-garisan yang digunakan pada Mizwalah yang terdapat di seluruh dunia.
Sebagai contohnya Mizwalah yang digunapakai di Masjid Besar Qayrowan (Masjid Sidi Uqba), Tunisia
(Gambarajah 8) iaitu sebuah al-Mizwalah jenis mendatar dibuat oleh Ahmad bin Qasim Ammar al-Susi
29
pada tahun 1842 M . Terdapat garisan Zawal yang merujuk garisan Meridian untuk menandakan
kedudukan Matahari pada waktu Zuhur. Garisan lengkung Asar yang dilabel sebagai Qaws Asr turut
ditandakan pada Mizwalah ini bagi menandakan Matahari pada waktu Asar. Terdapat juga penandaan
Kiblat pada Mizwalah ini. Manakala penadaan garisan jam adalah pada bahagian tepi atau bingkai
Mizwalah bagi mewakili gerakan Matahari pada nisbah 15 darjah bersamaan 1 jam.
Apa yang menarik untuk diperhatikan pada Mizwalah ini juga ialah garisan yang dilabel dengan istilah
yang bermula sebagai al-Māḍī atau al-Bāqī pada sebelah kiri dan kanan Mizwalah iaitu merujuk kepada
tempoh masa yang telah berlalu daripada Syuruk dan masa yang berbaki untuk tiba kepada waktu
Maghrib.
29 Mizwalah ini dikatakan diilhamkan daripada Mizwalah yang dibina di Damsyik (Syria) pada tahun 1372 oleh
Ibn Shatir.
149