Page 276 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 276

Gambarajah  5  pula  menunjukkan  garisan  jam  dipanjangkan  dan  ditanda  mengikut  persilangan  yang
               berhubung  tadi.  Satu  garisan  lengkungan  di  sebelah  atas  adalah  mewakili  Garisan  Jadi,  dan  garisan
               lengkungan di sebelah bawah adalah mewakili garisan Sartan. Jam bermula pada jam 07 pagi dan berakhir
               pada jam 17 petang. Sela masa bagi jam ini adalah setiap 30 minit. Jam 12 adalah garisan lurus menegak
               dari Utara ke Selatan adalah merujuk kepada waktu Matahari berada di atas garisan Meridian dan menjadi
               rujukan bagi menentukan waktu Zuhur. Garisan meridian ini memanjang bermula dari atas penandaan 12
               merentasi G sehingga ke P.


               Garisan jam pada Mizwalah ini adalah mewakili waktu Matahari Hakiki Mahalli yang bersifat tempatan,
               true local time, yang menunjukkan hasil waktu pada tempat tersebut berdasarkan Matahari berada pada
               garisan Meridian pada jam 12 tengahari.































                             Gambarajah 5 : Contoh Mizwalah jenis mendatar Waktu Mahalli Hakiki


               Pada Gambarajah 6 di bawah pula menunjukkan kaedah bagaimana pembetulan waktu Matahari Mahalli
               dapat  diperbetulkan  secara  fizikal  dan  menghasilkan  waktu  yang  mengikut  waktu  piawai  tempatan.
               Langkah  yang  diambil  ialah  dengan  memusingkan  bulatan  asas  darjah  jam  kepada  10  darjah,  iaitu
               perbezaan Longitud tempatan dan Longitud GMT yang telah dibincangkan di atas. Hasil pusingan bulatan
               asas darjah jam ini, menjadikan pengubahan kedudukan jam 12 tidak lagi mewakili garisan Meridian dan
               telah turut terpesong ke sebelah kiri. Waktu terbit Matahari pula tidak lagi berada jam 06 pagi, dan waktu
               terbenam Matahari tidak berada pada jam 06 petang, tetapi telah beralih ke atas kesan pusingan bulatan
               asas darjah jam yang dibuat.








                                                                                                                147
   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281