Page 271 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 271
Gambarajah 1 : Graf Persamaan Waktu. Bulan per minit
4.2. Waktu Mahalli Matahari
Waktu Mahalli Matahari ialah waktu yang ditunjukkan mewakili kedudukan Matahari pada suatu sudut
tertentu sebagaimana yang telah dibincangkan di atas. Waktu akan bermula pada suatu sudut yang mudah
diperhatikan iaitu permulaan hari dengan terbit Matahari, ditandakan dengan jam 06 pagi. Manakala
tengahari ialah jam 12 iaitu ketika Matahari berada di garisan Meridian, iaitu di tengah-tengah langit di
antara dua belah langit Timur dan Barat. Waktu Zuhur dikira masuk setelah Matahari gelincir sedikit
daripada garisan Meridian dan jatuh ke sebelah langit Barat.Manakala Maghrib ialah jam 06 petang apabila
keseluruhan fizikal piring Matahari tenggelam sepenuhnya pada ufuk Barat.
Begitu juga apabila ketika berlaku tengah malam, jam pada waktu tersebut ialah jam 12. Manakala waktu
bagi waktu solat adalah mengikut sudut-sudut tertentu. Waktu Asar adalah selepas 45 darjah iaitu kira-kira
jam 3 petang. Waktu Isyak pula adalah kira-kira jam 7:30 malam, dan waktu Subuh adalah lebih kurang
jam 5:00 pagi.
Gambarajah 2 menjelaskan kedudukan Matahari dengan bagi mewakili jam Mahalli.
142