Page 269 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 269

kemudiannya dianggap menjadi rujukan kepada al-Mizwalah di tempat-tempat lain di seluruh dunia.
               Selain itu, Ibn Shatir turut menghasilkan beberapa judul penulisan tentang pembinaan banyak peralatan-
               peralatan  falak,  khususnya  untuk  tujuan  pencerapan  Matahari  bagi  memaksimumkan  ketepatan  dan
                                          24
               pembaharuan dalam peralatan.

               Ahmad Mukhtar Pasha pula turut menulis berkaitan alat-alat yang digunakan dalam ilmu falak yang
               berjudul Riyādh al-Mukhtār : Mir’āt al-Mīqāt wa al-Adwār dan diterbitkan pada tahun 1889 Masihi. Beliau
               adalah seorang Jeneral Tentera bagi kerajaan Turki Utsmaniyyah pada waktu tersebut. Pada ketika beliau
               menulis kitab ini pula beliau dihantar sebagai Pesuruhjaya Tinggi di Mesir dan menghasilkan karya yang
               menggabungkan  kaedah  dan  penggunaan  pembuatan  peralatan  tradisional  falak  dan  peralatan  moden.
               Bermula daripada penghasilan Mizwalah, Rubu Mujayyab, Astrolabe, Jam Mekanikal, termasuklah juga
                                 25
               pembuatan teleskop.

               Penulisan beliau mengandungi dua jilid, iaitu jilid pertama yang menjelaskan kaedah-kaedah pembuatan
               serta penggunaan peralatan-peralatan yang disenaraikan. Manakala jilid yang kedua pula adalah lakaran-
                                                                                              26
               lakaran langkah pembuatan yang lebih teliti sehinggalah terhasilnya sesuatu peralatan falak.

               Bagi  pembuatan Jam  Matahari  atau Mizwalah pula,  terdapat  beberapa  jenis bentuk yang dilakarkan.
               Antaranya adalah jenis mengufuk dan jenis menegak. Manakala jenis menegak pula mempunyai pelbagai
               sudut keserongan bearing Azimut, untuk disesuaikan dengan rekabentuk bangunan yang dibuat. Lakaran
               sistem waktu pula adalah berdasarkan kepada waktu gerakan Matahari sebanyak 15 darjah bersamaan 1
                                                                                         27
               jam dan sistem waktu Arab yang merujuk kepada baki jam sehingga waktu Maghrib.

               4.0. SISTEM WAKTU MIZWALAH


               Sistem  waktu  yang  digunakan  pada  Mizwalah  adalah  berbeza-beza  mengikut  zaman,  pembuat  serta
               penggunaan.  Ahmad  Mukhtar  Pasha  pula  menyatakan  dalam  pembinaan  Mizwalah  adalah  berasaskan
                                                              28
               kepada waktu Hakiki dan waktu Wasati. Waktu Hakiki  adalah disebut sebagai true local time iaitu waktu
               yang merujuk kepada gerakan sebenar Matahari. Gerakan sebenar Matahari ini adalah tempoh gerakan
               Matahari dalam sehari adalah bukan 24 jam secara tetap. Gerakan ini  akan dikesan samada cepat atau
               lambat daripada tempoh 24 jam yang dikira.


               Manakala waktu Wasati adalah waktu yang ditetapkan secara purata dengan menjadikan andaian gerakan
               Matahari adalah tetap selama 24 jam sehari. Nilai yang digunakan untuk menjadikan gerakan Matahari


                                                                               c
                                                                           c
                                                                                         c
               24  Antara kitab yang dihasilkan oleh Ibn Shatir antaranya ialah, kitab “Nuzhat al-Sāmi  fī al- Amal al-Jāmi ”, kitab “Kifāyat al-
                                                                                  c
                                                                                                   c
                                                   c
                                          c
                       c
                                                               c
                                   c
                                                                                      c
               Qanū fī al- Amal bi al-Rubu  al-Maqtu ”, kitab “al- Amal bi al-Rubu  al-Hilāli”, kitab “al-Rubu  al- Alā’ī”, kitab “Şan u al-
                                                      c
                                          c
               Asturlāb”, kitab “Īdhāh al-Muşīb fī al- Amal fi al-Rubu  al-Mujayyab”, kitab “Tuhfat al-Ṱullab”.
               25  Lihat tulisan Mukhtar, A. P. (1889). Riyādh al-Mukhtār fī Mir’āt al-Mīqāt wa al-Adwār. (terj. Shafiq Bek Mansur) Matba ah
                                                                                                      c
               Al-Kubra Al-Amiriyyah Bibolaq Misr.
               26  Ibid. Lakaran-lakaran yang dibuat oleh Ahmad Mukhtar Pasha adalah mengikut skala yang sebenar dan tepat serta langkah-
               langkah pembuatan yang dibuat dengan sangat teliti.
               27  Ibid
               28  Mukhtar, A. P. (1889). Riyādh al-Mukhtār fī Mir’āt al-Mīqāt wa al-Adwār. Jilid 1. (terj. Shafiq Bek Mansur) Matba ah Al-
                                                                                                  c
               Kubra Al-Amiriyyah Bibolaq Misr.
                                                                                                                 140
   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274