Page 264 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 264
bin Sīrīn tentang waktu solat Zuhur”, lalu dia menjawab, “Apabila panjang bayang-
9
bayang adalah tiga hasta, dan pada ketika itu waktu ditunaikan solat Zuhur”.
Malah terdapat juga para sahabat yang membuat ukuran berdasarkan unit kaki dalam membuat ukuran
waktu solat, khususnya bagi waktu solat Asar sebagaimana hadis berikut :-
َ
َ
َ
َلاَق : َلاَق ، َدي ِ زَي ِ نْب ِدوْسلأا ِ نَع ، ٍك ِ رْدُم ِ نْب ِ ريِثَك ْ نَع ، يِعَجْشلأا ٍكِلا َ م ي ِبأ ْ نَع ، ٍلْيَضُف ُنْب دَّمَحُم اَنَثَّدَح
ُ
ِ
َ
َ
َ
َ
ْ
َ
ُّ
ُ
َ
ِت ْ قولا َل َّ وأ َّن ِ إو ، ٍ م اَد ْ قأ ِةَسْمَخ ىَلإ ٍ ماَد ْ قأ َةَثَلاَث َ سيِقَتَف كْي َ مَدَق ىَلإ َ رظْنَت ْ نأ ِ رْهظلا ِت ْ قو َل َّ وأ َّنإ : ِالله دْبَع
ُ
َ
َ
َ
َ ُ
َ
ُ َ
َ
ُ
. ِءاَتِ شلا يِف : َلاَق هُّنظأ ، ٍ ماَد ْ قأ ِة َعْبَس ىَلإ ٍ ماَد ْ قأ ةَسْمَخ ِ ر ِ خلأا
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Fuḍayl, daripada
C
Abi Malik al-Aşjā’ ī“Sesungguhnya awal waktu Zuhur apabila kamu melihat kedua
tapak kaki kamu dan kamu ukur bayang tersebut sebanyak 3 kaki hingga 5 kaki.
Sesungguhnya awal waktu Zuhur yang terakhir adalah 5 kaki hingga 7 kaki”. Aku
mengandaikannya beliau berkata; “Pada musim sejuk”. 10
Beberapa hadis para sahabat yang disebutkan di atas menunjukkan kepada kita bahawa telahpun ada
usaha yang dilakukan oleh para sahabat selepas zaman kenabian untuk melakukan ijtihad serta usaha
untuk menentukan waktu solat berdasarkan kepada rujukan jasad dan bayang Matahari.
Manakala, di dalam sejarah Islam, terdapat juga para sahabat yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w untuk
menyebarkan ajaran Islam ke seluruh pelusuk dunia. Ataupun Islam itu sendiri dikembangkan oleh para
sahabat, tabi'en, tabi' tabi'en ke seluruh pelusuk dunia, menjadikan ilmu untuk beramal pada ibadah
khusus juga turut berkembang.
Antaranya ialah, Muaz bin Jabal r.a yang diutuskan oleh Rasulullah untuk pergi ke Yaman pada tahun
keenam hijrah, bertujuan untuk mengislamkan penduduk di sana. Muaz bin Jabal r.a. dihantar untuk turut
diarahkan agar dibina sebuah masjid yang menjadi pusat perkembangan Islam di Yaman, mengajarkan
mereka tentang agama Islam.
Bersandarkan kepada kefahaman ajaran Islam untuk beramal mengikut kaedah yang betul, Muaz bin
Jabal r.a membina sebuah masjid di Al-Janad, dan dikatakan terdapat sebuah tiang empat segi setinggi 2
11
meter atau 6 ½ kaki yang dinamakan dengan tiang Muaz bin Jabal. Tiang ini dipercayai dibangunkan
12
sejak awal pembinaan masjid dan tiang ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini.
Tiang ini dipercayai berfungsi seperti Mizwalah dengan menjadikan bayang daripada tiang ini untuk
diambil panduan oleh Muaz bin Jabal r.a. bagi membuat penentuan awal waktu solat fardhu.
9 Ibid. Hadis yang ke-3317.
10 Ibid. Hadis yang ke-3312.
11 Diletakkan di tengah-tengah halaman Masjid al-Janad, satu masjid yang terletak di sebuah kota yang bernama al-Janad
12 Turut dicatatkan oleh King, D. A. (1989). A Survey of Medieval Islamic Shadow Schemes for Simple Time-
Reckoning. Oriens, Vol. 32, 191-249. http://www.jstor.org/stable/1580631 pada membincangkan tentang kaedah-kaedah asas
dalam pengukuran pada zaman pertengahan Islam.
135