Page 266 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 266

“Segala puji bagi Allah atas nikmat-nikmat-Nya, terhadap siapa yang layak dengan
                      pujiannya  yang  ditunaikan  sebagaimana  yang  Allah  tentukan  ke  atas  hamba  yang
                      tunduk menyembah-Nya, dan dipanjatkan kalimah syukur yang selayaknya bertambah
                      dan  kami  beriman  secara  berterusan  dengan  sifat  rububiyyah  serta  tunduk  dan
                      merendah diri terhadap kebesaran dan keagungan-Nya.” 15


               Malah penyusunan Kitab Aljabar wa al-Muqabālah dijelaskan secara lebih terperinci oleh penulisnya
               sebagaimana berikut :-


                     “Ku-tuliskan al-Jabar wa al-Muqābalah ini sebagai suatu ringkasan untuk kemudahan
                     manusia mengira keperluan-keperluan  mereka tentang pusaka, wasiat, pembahagian dan
                     hukum-hukumnya, urusniaga, masalah keluasan tanah, pengairan sungai, geometri dan
                     lain-lain yang berkaitan keseniannya dengan mendahulukan niat yang ikhlas…”


               Husain Muhammad al-Mahali juga menyatakan ilmu pengiraan merupakan satu sudut daripada sudut-
               sudut agama. Contoh kegunaan ilmu ini dalam hukum fiqh diperjelaskan oleh Abu al-Yasr al-Bazdawī
               di dalam kitab karangan beliau iaitu Risālah fī Simt al-Qiblat, sebagaimana nukilan berikut :-


                     “Kemudiannya,  setiap  orang  perlu  melakukan  solat  setiap  hari,  berulang-ulang,  yang
                     tidak dapat dilakukannya kecuali dengan mengetahui rukun-rukun dan syarat-syaratnya.
                     Antara syaratnya ialah tawajjuh kepada kiblat; mengetahuinya wajib. Imam-imam salaf
                     telah mengasaskan banyak masalah dalam syarat-syarat dan memperlihatkan dalil-dalil
                     kesahannya; tidak mencukupi untuk bertaklid sahaja. Demikian pula mereka meletakkan
                     masalah yang banyak tentang zakat, puasa, perkahwinan, talak, perniagaan, jenayah dan
                     masalah-masalah lain. Walaupun kebanyakan manusia tidak perlu mengetahuinya dalam
                     setiap segi, tetapi tidak memadai untuk mereka bertaklid sahaja. Kemudian imam-imam
                     salaf kebanyakan mereka enggan merenung tentang masalah kiblat dan mereka berpuas
                     hati dengan bertaklid. Bertaklid tidak wajib bagi mereka. Mereka tidak dapat melakukan
                     pengiraan itu tanpa alat untuk mengira kiblat, dan kiblat tidak dapat diketahui kecuali
                     dengan ilmu pengiraan…” 16



               Badr al-Din bin Muhammad bin Ahmad atau dikenali sebagai Sibţ al-Māridīnī di dalam pendahuluan
                                              c
                                                          c
               tulisan Kitāb Al-Mukhtaşarāt fī al- Amal bī-Rub i al-Muqanţarāt menyebutkan ilmu penentuan adalah
               ilmu yang lebih wajar diperdalami dan sebahagian daripada ketaatan oleh kerana melalui ilmu tersebut,
               dapat diketahui waktu untuk menunaikan kewajipan-kewajipan ibadah. Para sarjana Islam terdahulu telah
               membuat  kajian  tentang  kaedah-kaedah  asas  dan  melakukan  pembaharuan  pada  banyak  peralatan
               penentuan waktu ini  dan mempermudahkan penggunaannya. Malah Sibţ al-Māridīnī turut memuatkan


               15  Pendahuluan Kitāb al-Jabar wa al-Muqābalah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi (ed. Mustafa al-Musharrafah dan Mursa
               Ahmad, 1937). Manuskrip ini merupakan di antara manuskrip awal yang disiarkan sendiri oleh ahli matematik Arab abad ini.
               16  Lihat teks Risālah fī Simt al-Qiblat Abu al-Yasr al-Bazdawi dalam David A. King Risālah al-Bazdawī Majallahg Tarikh al-
               cUlum al-cArabiyyah 186-196. King banyak mengkaji manuskrip falak Islam dan beliau bersama gurunya E.S. Kennedy
               merupakan contoh orientalis Barat yang banyak menerbitkan kajian-kajian tentang falak Islam.



                                                                                                                137
   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271