Page 265 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 265
Hal ini menunjukkan keperluan dan kemahiran untuk membaca bayang Matahari adalah suatu yang
menjadi sebahagian daripada kehidupan umat Islam, oleh kerana melalui gerakan Matahari ini dapat
memberitahu waktu dengan tepat khusus dalam melaksanakan urusan ibadah khusus umat Islam seperti
solat dan ibadah umum seperti pengurusan kehidupan peribadi, masyarakat dan juga pemerintahan
negara.
3.0. MIZWALAH DALAM FALSAFAH SAINS ISLAM
Di dalam sains Islam, Mizwalah atau jam Matahari adalah sebahagian daripada peralatan yang
diwujudkan bagi pengukuran waktu pada siang hari. Mizwalah direka hasil daripada kefahaman beberapa
disiplin ilmu ketika perkembangan Islam pada zaman abad ke-7 Masihi iaitu ketika kemuncak
kegemilangan sains semasa pemerintahan empayar Abbasiyah di Baghdad. Ianya merangkumi disiplin
ilmu astronomi, matematik, ilmu trigonomteri dan ilmu geometri atau handasah serta ilmu fiqh Islam
yang berkembang pada zaman tersebut.
Di dalam perbincangan-perbincangan ilmiah, ilmu astronomi adalah termasuk di dalam keluarga besar
ilmu Matematik yang disenaraikan bersama ilmu geometri, muzik dan aritmetik sebagai ilmu cabang
matematik. Al-Farabi pula memasukkan ilmu aritmetik, geometri, optic, astronomi muzik, mekanik dan
ilmu tentang jisim dan berat dan menamakan ilmu-ilmu tersebut di dalam keluarga besar ilmu Matematik
c
13
sebagai ilmu al-Ta lim.
Ilmu trigonometri pula disenaraikan sebagai sebahagian ilmu astronomi yang dibincangkan secara
bersepadu bagi melengkapkan ilmu astronomi bersama-sama dengan ilmu yang lain. Hal ini berlanjutan
sehingga abad ke-10 Masihi dan pemecahan ilmu trigonometri berlaku kemudiannya sebagai cabang
tersendiri selepas Muhammad bin Musa al-Khawarizmi mengasaskan ilmu aljabar melalui kitab
14
Mukhtasar fi Ilm al-Jabar wa al-Muqabalah.
Perbincangan dan perkembangan ilmu matematik pada zaman Islam ini adalah dianggap adalah
sebahagian daripada tuntutan agama Islam pada zaman Empayar Islam Abbasiyyah. Oleh kerana sifat
ilmu tersebut amat berguna dalam membantu menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan ibadat dan
menambahkan keimanan hamba-Nya kepada Allah. Malah dalam mukadimah Kitab Aljabar wa al-
Muqābalah, Muhammad bin Musa al-Khawarizmi memulakannya kitab beliau dengan puji-pujian kepada
Allah sebagaimana berikut :-
13 Lihat Osman Bakar Al-Farabi, life, works and significance, Akademi Sains Islam 1987, hal. 33-34; untuk perbincangan teliti
c
al-Farabi lihat pengelasan ilmunya dalam Ihşa’ al- Ulūm Dar al-Fikr, 1949; lihat juga Īsāghūjī al-Farabi dalam Majid Fakhri
c
Ta liq lī Abī Bakr bin Yahyā ibn Sayigh alā Kitāb al-Farabi al-Musammā bi Īsāghūjī Al-Abhath 1987, 33-51.
c
14 Lihat sejarah umum bidang-bidang Matematik dalam Umar Farrukh Tārīkh al- Ulūm al- Arab, Dar al-Ilm li al-Malayin 1984;
c
Morris Syarbil dan Jarus Bras al-Riyādiyyāt fī al-Hadhārah al-Islamiyyah (Tripoli, Lebanon 1988); Hikmah Najib Abdul
c
c
Rahman Dirāsāt fī Tārīkh al-Ulum ind al- Arab, Universiti Mausul 1977; J.L. Berggren Episodes in the Mathematics of
Medieval Islam Springer-Verlag 1986; A.A. al-Daffa The Muslim contribution to Mathematics Croom Helm, London 1977 [buku
ini telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan diterbitkan oleh DBP]; S.Hossien Nasr Science and Civilisation in Islam Dewan
Pustaka Fajar 1984; Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi (sunt. Shaharir Mohamad Zain) DBP 1989.
136