Page 267 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 267
hadis Nabi s.a.w. tentang kelebihan hamba-Nya yang memerhatikan Matahari, Bulan dan bintang dan
17
bayang-bayang untuk mengingati Allah.
Ilmu sains pada era pemerintahan empayar Islam berkembang maju hasil daripada kemahuan para sarjana
Islam itu sendiri yang bermotivasi membangunkan pelbagai bidang keilmuan dan menganggap usaha
tersebut adalah sebahagian daripada ibadat mereka mempermudahkan urusan ibadah khusus umat Islam
yang lain.
Al-Mizwalah atau Jam Matahari di dalam sejarah perkembangan sains Islam adalah terhasil daripada
gabungan pelbagai jenis disiplin ilmu pada zaman Islam itu sendiri. Ilmu fiqh dan ahkam, ilmu
matematik, ilmu astronomi, ilmu geometri, dan ilmu trigonometri adalah asas terpenting yang melatari
perkembangan dan pembinaan al-Mizwalah daripada satu zaman kepada zaman yang lain sehingga
kepada hari ini.
Istilah al-Dzil yang merujuk kepada bayang di dalam bahasa Arab adalah berkaitan dengan ilmu segitiga
dan trigonometri. Istilah al-Dzil juga turut merujuk kepada nisbah tangent adalah diambil daripada
penyelesaian panjang bayang yang terhasil daripada cahaya matahari yang terkena pada suatu objek yang
tinggi. Di sini kita dapat lihat tentang aplikasi daripada aktiviti pemerhatian Matahari ini pada zaman
Islam dan kemudiannya dikembangkan, dan kemudiannya diterapkan di dalam kaedah ilmu trigonometri
moden yang ada pada hari ini.
Kesemua ilmu-ilmu ini dibangunkan pada zaman Islam hanya bagi menyelesaikan permasalahan ibadah
khusus umat Islam yang timbul daripada perkembangan Islam ke seluruh dunia. Masalah-masalah
berkaitan penentuan waktu yang timbul akibat daripada perbezaan pandangan, suasana setempat serta
geografi yang berbeza-beza menjadikan permasalah fiqh dan hukum hakam menjadi lebih murunah
(fleksibel) untuk disesuaikan dengan permasalahan yang berlaku. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diadunkan
sebaiknya dan kemudiannya dibangunkan sebuah konsep astronomi. Manakala peralatan Mizwalah yang
menepati ciri-ciri untuk tujuan ibadah khusus membantu dalam mendapatkan bacaan nilai sebagaimana
konsep astronomi yang dipersetujui tersebut.
Kajian-kajian terhadap pelbagai cabang keilmuan dalam bidang astronomi tidak hanya terhenti pada
ketika sesuatu kajian baharu berjaya diselesaikan. Bahkan kajian baharu tersebut disambung oleh ahli-
ahli ilmuwan dari segenap aspek serta metodologi kajian. Kajian-kajian tersebut yang bersifat akademik
kemudiannya turut membawa pembaharuan dan inovasi dalam pembinaan peralatan-peralatan falak, serta
mendorong kepada ketepatan sesuatu peralatan yang digunakan. Hal ini berlaku adalah semata-mata
untuk mencapai kesempurnaan di dalam ibadah umat Islam.
c
c
17 Lihat manuskrip Kitāb Al-Mukhtaşarāt fī al- Amal bī-Rub i al-Muqanţarāt Badr al-Din bin Muhammad bin Ahmad atau
dikenali sebagai Sibţ al-Māridīnī, manuskrip yang ditulis sekitar abad 17 Masihi yang berada dalam simpanan British Library
dan diperolehi melalui
http://www.qdl.qa/......./archive/81055/vdc_100042209331.0x000001?utm_source=testpdfdownload&utm_medium=pdf&utm
_campaign=PDFdownload
138