Page 272 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 272
Gambarajah 2 : Waktu Mahalli mengikut kedudukan Matahari sebenar.
4.3. Pembetulan Waktu Hakiki kepada Waktu Meridian Greenwich
Waktu Piawai Tempatan adalah waktu rujukan yang digunakan untuk menyelaraskan waktu bagi sesuatu
negara pemerintahan. Waktu ini menjadikan satu longitud rujukan yang akan digunapakai bagi menjadikan
ianya waktu yang selaras bagi kegunaan rakyat dalam sesebuah negara.
Longitud rujukan ini dikira bermula di Greenwich di London sebagai 0 darjah, dipisahkan bagi setiap 30
minit atau 7.5 darjah longitud ke sebelah timur atau ke sebelah selatan. Pembahagian zon waktu inilah yang
dinamakan sebagai Greenwich Merdia Time (GMT) dalam ilmu astronomi atau ilmu geografi.
o
Bagi negara Malaysia, GMT yang ditetapkan ialah +8 jam, yang mengambil longitud 120 darjah (120 )
yang berada di perairan Sabah sebagai longitud rujukan bagi menyeleraskan waktu di seluruh Malaysia.
Ketetapan ini memansuhkan penggunaan GMT +7.5 jam di Semenanjung Malaysia dan GMT +8 jam bagi
Malaysia Barat, yang dahulunya terdapat dua zon waktu yang berlainan.
Oleh sebab penggunaan Waktu Piawai Tempatan inilah yang menyebabkan waktu terbit dan terbenam bagi
penduduk Semenanjung Malaysia tidak lagi pada sekitar pukul 6 pagi atau 6 petang. Keadaan ini
menjadikan waktu terbit dan terbenam matahari di Semenanjung adalah sekitar jam 7 pagi dan 7 petang.
Walaubagaimanapun, waktu terbit dan terbenam matahari masih lagi sekitat 6 pagi dan 6 petang oleh kerana
kedudukan negeri Sabah adalah berhampiran dengan longitud rujukan ini.
4.3.1. Pengiraan Pembetulan Waktu Piawai Tempatan
Penggunaan zon waktu GMT ini tidaklah mengubah ketepatan waktu yang digunakan. Ianya hanyalah bagi
memudahkan urusan sesebuah masyarakat dan pemerintah dengan menggunakan satu waktu yang telah
143