Page 270 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 270

secara purata sebanyak 24 jam sehari ini adalah sebut sebagai nilai Perata Waktu, atau disebut sebagai
               Equation of Time.


               4.1.  Pembetulan kepada Waktu Hakiki menggunakan Jadual Perata Waktu


               Sekiranya diperhatikan pada gerakan Matahari di langit, Matahari yang bergerak dapat diukur melalui
               bayang sesuatu  objek  adalah  mengikut  waktu  gerakan  matahari  hakiki,  atau true  local time.  Beberapa
               pembetulan kepada waktu Matahari ini mestilah dilakukan untuk mendapatkan waktu yang dapat digunakan
               sebagai  waktu  awam.  Pembetulan  yang  pertama  ialah  penambahan  atau  penolakan  beberapa  minit
               sebagaimana di dalam Jadual Perata Waktu (Equation of Time) atau disebut Ta’adil Al-Zaman di dalam
               tulisan-tulisan Arab oleh ahli falak Islam. Peristiwa sepanjang tahun ini adalah terjadi adalah berdasarkan
               kepada gerakan Bumi mengelilingi Matahari di atas satah elips yang kemudiannya mengakibatkan putaran
               paksi  Bumi  dalam  tempoh  sehari  berlaku  perbezaan  masa  daripada  waktu  purata  24  jam.  Pergerakan
               tersebut pada suatu ketika akan menjadi cepat atau lambat.


               Oleh kerana itu, bagi menyelaras semula masa untuk menjadi waktu purata 24 jam, adalah perlu kepada
               penambahan atau penolak beberapa minit ini bagi menyelaraskan pergerakan matahari harian tersebut untuk
               menjadi sekata, agar setiap hari matahari akan bergerak pada kadar purata sebanyak, 15 darjah bagi satu
               jam atau 360 darjah bagi satu hari.

               Gerakan Matahari Hakiki ini adalah sebenarnya menunjukkan kedudukan sebenar fizikal Matahari pada
               suatu  sudut  tertentu.  Sebagai  contohnya,  waktu  Matahari  Hakiki  pada  waktu  Syuruk  ialah  apabila
               keseluruhan fizikal piring Matahari mula terbit pada ufuk Timur. Manakala waktu Matahari Hakiki pada
               waktu Maghrib ialah apabila keseluruhan fizikal piring Matahari tenggelam sepenuhnya pada ufuk Barat.


               Pada waktu Zuhur pula, jasad Matahari berada di tengah-tengah langit. Dalam istilah astronomi, Matahari
               akan berada garisan tengah dua belah langit iaitu Timur dan Barat. Garisan ini dikenali sebagai garisan
               Meridian. Dalam perbincangan ahli-ahli Falak, fizikal piring Matahari akan melepasi sepenuhnya garisan
               Meridian ini untuk dikira masuknya waktu Zuhur.


               Waktu-waktu  kedudukan  Matahari  tersebut  akan  berlaku  setiap  hari  pada  kedudukan  yang  sama.
               Walaubagaimanapun, sekiranya  dikira dalam tempoh 24 jam yang dikira secara purata, Matahari akan
               berada  pada  kedudukan tersebut  pada  waktu  yang  berbeza-beza setiap  hari  disebabkan  oleh  pengiraan
               gerakan Matahari Hakiki yang diperbetulkan dengan Perata Waktu.


               Graf Perata Waktu adalah sebagaimana di dalam Gambarajah 1 manakala Jadual Persamaan Waktu dapat
               dirujuk pada Jadual 1.















                                                                                                               141
   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274   275