Page 274 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 274
Gambarajah 3 : Waktu Piawai Tempatan yang menunjukkan waktu lintasan garisan
tengah langit (meridian langit) bermula pada pukul 12 di longitud 120 darjah dan
lintasan pada longitud 102 darjah adalah selepas jam 12 dengan tambahan jangkamasa
matahari untuk melintasi meridian, iaitu kira-kira 1 jam 11 minit kemudian.
4.3.2. Pembetulan Waktu Piawai Tempatan Kiraan Secara Fizikal
Pada era moden selepas Greenwich dijadikan sebagai waktu rujukan masa seluruh dunia yang
membahagikan negara-negara dunia dengan pembahagian zon waktu, menjadikan Mizwalah atau jam
Matahari dilihat seolah-olah tidak releven untuk digunapakai pada masa kini. Malah amat kurang bahan-
bahan penulisan moden yang membincangkan pembinaan sebuah Mizwalah yang dapat menunjukkan
waktu sebagaimana yang digunakan merujuk kepada waktu dunia Greenwich.
Waktu Meridian Greenwich adalah hanya sebuah sistem baharu yang diubah berdasarkan kepada garisan
longitud bumi. Garisan ini dialihkan daripada garisan yang dirujuk sebagai 00 darjah di Barat perairan
Maghribi dan kemudiannya diletakkan ke Greenwich bermula daripada tahun 1884 Masihi. Konsep
Mizwalah pula adalah berdasarkan kepada konsep asas gerakan Matahari 360 darjah selama 24 jam. Maka
konsep asas sebegini boleh disesuaikan dengan sistem baharu ini dan Mizwalah boleh diselaraskan secara
fizikal agar waktu yang ditunjukkan oleh bayang Matahari pada Mizwalah adalah menepati waktu yang
merujuk kepada waktu Greenwich.
145