Page 268 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 268

Kajian Para Sarjana Falak Islam Terhadap Ilmu Gerakan Matahari

               Antara  penulisan  awal  oleh  ahli-ahli falak  Islam  yang  dijumpai  yang menulis  tentang  kajian  bayang
               Matahari dan penghasilan Mizwalah atau jam Matahari ialah oleh Sharaf al‐Dīn Abū ʿAlī al‐Ḥasan ibn
                                                                                                       c
                                                                             c
               ʿAlī ibn ʿUmar al‐Marrākushī melalui tulisan beliau yang bertajuk Jāmi  al-Mabādi’ wa al-Ghāyāt fī  Ilm
               al-Mīqāt.  Penulisan  kitab  ini  dikatakan  dibuat  sekitar  1276  hingga  1282  Masihi  di  Kaherah,  Mesir.
               Manakala  manuskrip  penulisan  ini  terdapat  di  dalam  pelbagai  versi  tulisan  tangan.  Di  antaranya  ialah
                                                                                    18
               Salinan  manuskrip  tulisan  tangan  yang  dicatatkan  pada  tarikh  1663  Masihi. .  Di  dalam  manuskrip
                                                                                                      c
               bertulisan tangan ini mengandungi 584 mukasurat dengan dua bahagian kitab, iaitu Kitab Risālat fī  Ilmi
               al-Ẓilālāt sebagai kitab pertama. Manakala kitab kedua pula bertajuk  Amal  Ām fī Amal Ālāt al-Iẓlāl
                                                                                   c
               Salinan manuskrip bertulisan tangan ini lengkap dengan rajah-rajah rujukan untuk membuat garisan-
               garisan  penandaan  di  atas  sebuah  Mizwalah.  Tulisan  al-Marrakushi  menjadi  rujukan  utama  kepada
               Ahmad Mukhtar Pasha dalam menyusun tulisan beliau berkenaan peralatan falak yang bertajuk Riyādh
                                                    19
               al-Mukhtār : Mir’āt al-Mīqāt wa al-Adwār.

                                                             C
               Selain itu Abū Abdillah Muhammad bin Ibrāhim bin  Ali bin Ahmad bin Yūsuf al-Andulisi al-Tunīsī al-
               'Awsī  atau  dikenali  dengan  nama  Ibn  Raqqām,  seorang  ahli  falak  sekitar  Andalusia  dan  Tunisia  turut
                                                        20
               menulis satu kitab yang bertajuk Kitāb al-Dzilāl  yang menulis sekitar 1270 hingga 1315 Masihi. Tulisan-
               tulisan beliau dalam menghasilkan Mizwalah dianggap lebih sofistikated dan rumit berbanding dengan
                                                                     21
               Mizwalah yang wujud di sekitar Tunisia yang ada pada hari ini.

                                    22
               Di Damsyik, Ibn Shatir  adalah seorang ahli astronomi yang banyak melakukan kajian astronomi dan
               banyak  mengembangkan  ilmu  astronomi  khususnya  dalam  inovasi  peralatan  untuk  tujuan  penentuan
               waktu. Antara peralatan masyhur yang dihasilkan beliau ialah Rubu Mujayyab, dengan model tersebut
               digunakan oleh masyarakat seluruh dunia sehingga ke hari ini (King, 2007). Beliau ditugaskan sebagai
                            23
               Ketua Muazzin  yang bertanggungjawab untuk menentukan waktu solat di Masjid Umawi sebelum azan
               dilaungkan bagi menandakan masuknya sesuatu waktu solat.

               Bagi tujuan tersebut, Ibn Shatir membina sebuah al-Mizwalah jenis mendatar pada tahun 1371 M yang
               diletakkan di menara Masjid Umawi di Damsyik, Syria. Al-Mizwalah yang dibuat oleh Ibn Shatir ini


               18  Manuskrip ini boleh diperolehi daripada Qatar Digital Library melalui pautan
               https://www.qdl.qa/%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B1%D8%A8%D9%8A%D8%A9/archive/81055/vdc_100066491595.0x
               000001. Manakala manuskrip tulisan tangan yang lain turut juga boleh diperolehi daripada Library of Congress melalui pautan
               https://tile.loc.gov/storage-services/service/gdc/gdcwdl/wd/l_/17/60/6/wdl_17606/wdl_17606.pdf
               19  Mukhtar, A. P. (1889). Riyādh al-Mukhtār fī Mir’āt al-Mīqāt wa al-Adwār. Jilid 1. (terj. Shafiq Bek Mansur) Matba ah Al-
                                                                                                  c
               Kubra Al-Amiriyyah Bibolaq Misr. Naskhah ini diperolehi oleh penulis yang terdapat di dalam koleksi buku-buku falak Hj.
               Abdul Ghani Salleh
               20  Manuskrip tulisan tangan oleh Ibn Raqqam boleh diperolehi daripada Qatar Digital Library melalui pautan
               https://www.qdl.qa/en/ibn-al-raqq%C4%81m%E2%80%99s-treatise-sundials
               21  Lihat ulasan yang dibuat oleh Julio Samso, seorang professor dalam pengajian Arab dan Islam di University of Barcelona, ‘Ibn
               al-Raqqām’, in Enciclopedia de la Cultura Andalusí. Biblioteca de al-Andalus, vol IV (Almería: Fundación Ibn Ṭufayl de
               Estudios Árabes, 2006), pp. 440-444
               22  Nama sebenar beliau ialah ʿAbu al-Ḥasan Alāʾ al‐Dīn bin Alī bin Ibrāhīm bin Muhammad bin al-Matam al-Ansari, dilahirkan
               di Dimashq sekitar tahun 1304 M dan mempelajari ilmu astronomi daripada Abu Ali al-Marrakushi. Beliau meninggal pada tahun
               1375 M.
               23  Ibn al‐Shāṭir: ʿAlāʾ al‐Dīn ʿAlī ibn Ibrāhīm, David A. King, Thomas Hockey et al. (eds.). The Biographical Encyclopedia of
               Astronomers, Springer Reference. New York: Springer, 2007, pp. 569-570



                                                                                                                 139
   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273