Page 282 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 282
Manakala Gambarajah 10(b) pula adalah Mizwalah pada Gambarajah 10 yang telah dicerakinkan kepada
C
waktu Arabiyyah, yang merujuk kepada baki jam yang tinggal sebelum masuk waktu Maghrib. Jam ini
ditandakan bermula pada jam 11 malam (hujung kotak sebelah kiri), dan mula terbit pada jam 12 pagi,
sehinggalah Matahari berada 6 jam sebelum Maghrib ialah pada jam 6 tengahari. Garisan penandaan jam
berakhir pada jam 11 petang oleh kerana sifat bayang yang dibaca pada permukaan mendatar tidak dapat
membaca bayang Matahari ketika terbenam, iaitu jam 12 malam.
C
Garisan jam Arabiyyah ni kelihatan seperti condong ke arah kiri dan seperti huruf Italic. Sesetengah ahli
C
astronomi barat mencatatkan jam Arabiyyah garisan jam sebegini adalah jam italic.Titik merah yang
ditandakan pada Mizwalah ini ialah paksi Mizwalah untuk diletakkan jarum jam yang akan menghasilkan
bayang di atas permukaan Mizwalah yang dibuat. Penandaan Qaws bagi waktu Asar dan garisan arah kiblat
tidak ada di dalam lakaran Mizwalah ini.
Gambarajah 11 di bawah pula adalah Mizwalah jenis menegak yang dilakarkan oleh Ahmad Mukhtar Pasha
dengan pesongan bearing azimut adalah 15 darjah kepada arah Tenggara. Mizwalah ini menggunakan
kiraan pada Latitud 30 darjah 02 minit 04 saat Utara berkemungkinan merujuk kepada suatu lokasi di
C
Kaherah, Mesir. Mizwalah ini juga menggabungkan dua sistem waktu iaitu sistem waktu Arabiyyah dan
sistem waktu Afrankiyyah.
Gambarajah 11 : Mizwalah jenis menegak pada sudut pesongan bearing Azimut 15
darjah ke arah Tenggara.
153