Page 78 - AKIDAH DAN ILMU KALAM E-BOOK
P. 78
yang mengatakan bahwa nasib manusia telah ditentukan terlebih dahulu.
Dalam perbuatannya, manusia hanya bertindak menurut nasib yang telah
ditentukan sejak azali terhadap dirinya. Dengan demikian takdir adalah
ketentuan Allah yang diciptakan-Nya bagi alam semesta beserta seluruh
isinya, sejak azali, yaitu hukum yang dalam istilah al-Quran adalah
sunnatullah.
C. Paham Qadariyah
1. Mengingkari takdir Allah Taala dengan maksud ilmuNya.
2. Melampaui atau berlebihan didalam menetapkan kemampuan manusia
dengan menganggap mereka bebas berkehendak (iradah). Di dalam
perbuatan manusia, Allah tidak mempunyai pengetahuan (ilmu)
mengenainya dan ia terlepas dari takdir (qadar). Mereka menganggap
bahawa Allah tidak mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu kecuali
selepas ia terjadi.
3. Mereka berpendapat bahawa Allah tidak bersifat dengan suatu sifat yang
ada pada makhluknya. Karena ini akan membawa kepada penyerupaan
(tasybih). Oleh itu mereka menafikan sifat-sifat Ma‟ani dari Allah Taala.
4. Mereka berpendapat bahawa al-Quran itu adalah makhluk, Ini disebabkan
pengingkaran mereka terhadap sifat Allah.
5. Mengenal Allah wajib menurut akal, dan iman itu ialah mengenal Allah.
Jadi menurut faham Qadariyah, Iman adalah pengetahuan dan
pemahaman, sedang amal perbuatan tidak mempengaruhi iman. Artinya,
orang berbuat dosa besar tidak mempengaruhi keimanannya.
6. Mereka mengingkari melihat Allah (rukyah), kerana ini akan membawa
kepada penyerupaan (tasybih).
7. Mereka mengemukakan pendapat tentang syurga dan neraka akan musnah
(fana‟), selepas ahli syurga mengecap nikmat dan ahli neraka menerima
azab siksa.
70