Page 129 - KESELURUHAN BPPS 2019 V1_Neat
P. 129
Buku Pengurusan & Takwim SMK Chenderiang 2019
123
3. Visi
“ Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum, berkeyakinan dan seimbang dari segi
sahsiah, emosi, rohani dan jasmani ”
4. Misi
“Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti kokurikulum”
5. Matlamat
Pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah untuk mengembangkan potensi dan minat individu ke
arah melahirkan insan seimbang dan harmonis berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
seterusnya mempraktikkan amalan sihat dalam kehidupan dan membentuk masyarakat yang
progresif, berahklak dan berdaya saing.
6. Objektif
a. Memupuk keseimbangan perkembangan emosi, jasmani, intelek dan rohani pelajar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
b. Membantu mengembangkan potensi dan minat pelajar ke tahap optimum.
c. Menggalakkan pelajar berinteraksi untuk mewujudkan keharmonian integrasi antara kaum.
7. Dasar Utama Pelaksanaan Kokurikulum
a. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah wajib. {seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 }
b. Peruntukan masa : 180 minit seminggu
c. Penyertaan minimum seorang murid:-
i. Pasukan Badan Beruniform - 12 kali setahun
ii. Persatuan dan Kelab - 12 kali setahun
iii. Kelab Sukan dan Permainan - 90 minit 1 kali seminggu
d. Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum ialah suatu kesalahan di bawah Akta 550
yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5000.00
atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
e. Semua guru menjadi guru penasihat kepada sekurang-kurangnya TIGA unit kokurikulum ;
SATU Pertubuhan Badan Beruniform, SATU Persatuan atau Kelab dan SATU Kelab Sukan
dan Permainan.
f. Setiap Murid WAJIB menyertai sekurang-kurangnya TIGA gerakkerja kokurikulum, ; SATU
Pertubuhan Badan Beruniform, SATU Persatuan atau Kelab dan SATU Kelab Sukan dan
Permainan.
8. Mesyuarat
a. Mesyuarat JK Kokurikulum diadakan 4 kali setahun mengikut standard piawaian Jabatan
Pendidikan Perak.
b. Mesyuarat Agung Persatuan/Kelab diadakan pada akhir tahun sesi persekolahan tahun
semasa.
c. Agenda mesyuarat berpandukan Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum KPM tahun 2004
dan 2009.
d. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.