Page 132 - KESELURUHAN BPPS 2019 V1_Neat
P. 132

Buku Pengurusan & Takwim SMK Chenderiang   2019
                                                                                                             126



               b. Program sukan sekolah sepanjang tahun untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Aktiviti
        sukan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
                  i.   Program Sukan Umum – Sepanjang tahun
                           i.   Latihan Rumah Sukan
                          ii.   Pertandingan merentas desa
                          iii.  Sukantara
                          iv.  Kejohanan Balapan dan Padang
                 ii.   Kelab Sukan dan Permainan – sepanjang tahun
                           i.  90 minit seminggu untuk sekolah menengah
                          ii.  Latihan pelbagai permainan dan Modifed Games
                 iii.   Pertandingan dalaman – sepanjang tahun
                 iv.   Pertandingan lain – Pasukan Elit Sekolah
                           i.    Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)
                          ii.     Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
                          iii.  Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
                          iv.  Aktiviti Sukan Lain.

            b.  Fail
                 i.   Guru Penasihat Kelab hendaklah memastikan fail diurus dengan baik dan mengandungi
                         maklumat yang lengkap dan dikemaskini.
                 ii.    Fail ditulis oleh setiausaha kelab dan disahkan oleh guru penasihat.
                iii.     Fail-fail   hendaklah   dihantar kepada  Penyelaras pada setiap hari Khamis untuk tujuan
                      semakan  dan  pemantauan.Penyelaras    hendaklah  membuat  catatan  dan  pengesahan
                      berhubung dengan aktiviti yang dijalankan.
                iv.    Fail utama hendaklah disimpan di tempat yang disediakan.

            12. Kewangan
                   a.  Sumber kewangan
                    i.  Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)
                    Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKK adalah meliputi aktiviti:
                       - Pasukan Pakaian Seragam/Badan Beruniform;
                       - Kelab dan Persatuan (tidak termasuk Sukan dan Permainan); dan
                       - Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid   seperti
               perkhemahan,   seminar,   kolokium dan   kursus kepimpinan (tidak   termasuk     aktiviti  bimbingan
               dan kaunseling serta kecemerlangan akademik)
                        Perbelanjaan yang dibenarkan  adalah seperti berikut:
                        - Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid;
                        - Penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; dan
                        - Pembelian serta penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah

                        Kategori Sekolah                      Kadar Setahun
                              Menengah                          RM 10.00
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137