Page 136 - KESELURUHAN BPPS 2019 V1_Neat
P. 136
Buku Pengurusan & Takwim SMK Chenderiang 2019
130
ix) Membantu memastikan rekod dan data kokurikulum disimpan dan dipamerkan dengan
sempurna apabila dikehendaki.
x) Membantu memastikan aktiviti kokurikum dan sukan yang dijalankan mematuhi undang-undang
negara dan tidak menyalahi hukum agama Islam .
4. Membantu mengenalpasti guru dan pelajar yang berpotensi untuk kegiatan kokurikulum
5. Membantu merancang pembangunan diri pelajar dan guru seperti perkemahan, motivasi, klinik sukan
dsbnya supaya pencapaian aspek kokurikum sentiasa meningkat
6. Membantu menjalankan Kajian Tindakan dan R & D untuk kecemerlangan kokurikulum.
7. Membantu menyelaras pemberian sijil-sijil kepada pelajar dan guru mengikut mutu, nilaian dan wajaran
yang ditetapkan
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB MAJLIS SUKAN
1. Merancang kegiatan dan pembangunan sukan sekolah, merentas desa sekolah, aktiviti sukan dan
rekreasi disekolah dan pasukan MSSD sekolah.
2. Membuat perancangan dan melaksanakan program latihan untuk pasukan masing masing bagi
menghadapi pertandingan antara sekolah.
3. Membantu setiausaha sukan dalam pertandingan sukan, merentas desa, aktiviti di padang atau
gelanggang serta penyelenggaran padang dan gelanggang.
4. Memastikan peralatan yang ingin digunakan dalam latihan pasukan mencukupi dan bersesuaian
dengan kemampuan dan kebolehan pelajar.
5. Memastikan keselamatan pelajar sentiasa dalam keadaan baik sama ada ketika latihan atau pun
pertandingan.
6. Memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga sepanjang latihan dan pertandingan.
7. Memastikan tuntutan perjalanan dan perbelanjaan makan minum guru dan pelajar mengikut prosedur.
8. Membuat laporan pertandingan untuk majalah sekolah dan dokumentasi
9. Membantu setiausaha sukan menyelenggara stor sukan dan peralatan dengan baik dan mengemaskini
data dan maklumat pelajar seperti pendaftaran keahlian rumah sukan dan no peserta, rekod sukan dan
sebagainya.
TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SETIAUSAHA SUKAN
1. Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
2. Menyediakan Takwim Sukan yang sesuai dengan takwim MSSD, MSSS dan MSSM.
3. Membantu Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum mengagihkan tugas guru di dalam kegiatan
sukan olahraga dan permainan.
4. Menetapkan rumah sukan pelajar dan menyediakan nombor siri pada setiap tahun.
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk pembelian aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan untuk peringkat MSSD.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah dengan baik.
8. Menyimpan dan mengemaskinikan Buku Stok dan Inventori peralatan sukan bersama-sama Ketua
Panitia PJPK sekolah.
9. Menyediakan Laporan Penggunaan Peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan dalaman sekolah dan luar sekolah untuk
tujuan edaran, rujukan, rekod dan simpanan.
11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/ Penolong Kanan Kokurikulum dan semua pentadbir untuk
memantapkan pengurusan sukan sekolah.