Page 139 - KESELURUHAN BPPS 2019 V1_Neat
P. 139

Buku Pengurusan & Takwim SMK Chenderiang   2019
                                                                                                             133

        TUGAS  DAN  TANGGUNGJAWAB  KETUA  DAN  GURU  PEMBIMBING  (GP)  PERSATUAN

        AKADEMIK/KELAB DAN UNIT BERUNIFOM
        1.  Kehadiran Guru
            a)  Ketua GP diminta menyediakan Jadual tugasan kepada semua .
            b)  Guru  yang  hadir  untuk  menjalankan  tugas  untuk  aktiviti  kokurikulum  hendaklah  merekodkan
               kehadiran masing-masing
        2.  Membentuk Jawatan Kuasa Persatuan/Kelab
        3.  Memastikan adanya Peraturan dan Perlembagaan
        4.  Menjadi fasilitator kepada AJK dan ahli unit di bawah jagaannya
        5.  Melatih dan memberi pendedahan kepada AJK dalam mentadbir, merancang dan menjayakan sesuatu
            aktiviti  berdasarkan  pengalaman  sedia  ada  mereka  dan  diberi  pengkayaan  dalam mentadbir  unitnya
            dengan lebih berkesan
        6.  Memastikan  keselamatan  ahli-ahli  unitnya  dalam  sebarang  gerakkerja  yang  diprogramkan  seperti
            Perkemahan, Lawatan, Taklimat, Perjumpaan dan sebagainya.
            a)  GP perlu mendapatkan surat kebenaran daripada penjaga /ibubapa sebelum sesuatu program itu
               dijalankan.
            b)  Surat kebenaran tersebut ada disediakan oleh pihak sekolah. Surat kebenaran hendaklah difailkan
               dan dihantar salinannya kepada PK HEM dan PK Kokurikulum Maklumat penting hendaklah ditulis
               dan diberikan kepada Pengawal Keselamatan Sekolah seperti senarai nama peserta, No. Telefon,
               Tempat Dituju, Masa pergi dan balik dan  senarai nama guru pengiring
        7.  Membantu  AJK  dan  ahli  unit  dibawah  jagaannya  membuat  kertas  projek  atau  sesuatu  aktiviti  yang
            dirancangkan serta
            a)  Menyediakan laporan hasil daripada pelaksanaan aktiviti tersebut.
            b)  Kertas kerja perlu dibuat salinan untuk simpanan  PK Kokurikulum  dan satu salinan dalam fail unit
               masing-masing untuk rujukan.
        8.  Berusaha  memajukan  dan  mengaktifkan  unit  masing-masing  dengan  pelbagai  kegiatan  yang  sesuai
            dengan waktu dan cuaca agar unit tersebut dapat merasai kesan dan faedah menjadi ahli unit tersebut
            a)  Memperkembangkan  minat,  kecenderungan  dan  keupayaan  pelajar  ahli  unitnya  selaras  dengan
               Falsafah Pendidikan Kebangsaan
        9.  Memastikan perjalanan dan aktiviti unit masing-masing tidak menyalahi peraturan sekolah dan undang-
            undang negara Malaysia ; malah dikehendaki memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan
            mengikut jadual yang ditetapkan
        10. Mengawasi kewangan dan harta milik unit di bawah jagaannya dan menyerahkan wang lebihan kepada
            Bendahari Kokurikulum/Pengetua pada akhir tugasnya. Sila rujuk Nota Serah Tugas JPA melalui surat
            Bil. JPA.193/6/3-4(20) bertarikh 19. Julai 1985. –Sila Rujuk di pejabat sekolah untuk maklumat lanjut.
        11. Berperanan sebagai PRO bagi pihak sekolah dengan badan luar yang ada hubungkait dengan aktiviti
            yang dirancangkan.
            a)  Semua aktiviti yang melibatkan bantuan tenaga/pihak luar perlulah mendapat kebenaran Pengetua
               terlebih dahulu dan
            b)  GP wajib sentiasa ada bersama semasa pelaksanaan aktiviti dijalankan.


        12. Dikehendaki menyediakan unit keselamatan/ PBSM/ Kecemasan dalam lawatan dan perkemahan dan;
            a)  Langkah-langkah keselamatan hendaklah disebarkan atau dipaparkan
            b)  Dikehendaki  menyediakan  dan  mengiringi  ahli  atau  calon  daripada  unitnya  yang  menyertai
               pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah/PPD/JPNP/KPM.
            c)  GP hendaklah sentiasa bersama unit nya sepanjang aktiviti dijalankan.
            d)  Perkara (3) hendaklah dipatuhi
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144