Page 137 - KESELURUHAN BPPS 2019 V1_Neat
P. 137

Buku Pengurusan & Takwim SMK Chenderiang   2019
                                                                                                             131

        12. Merekod  pencapaian  cemerlang  dan  penyertaan  pelajar  dan  pasukan  sekolah  dalam  Buku  Rekod
            Pencapaian Sukan Sekolah.
        13. Memastikan program SEGAK berjalan mengikut jadual dan dikemaskini pada setiap tahun.


        SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU PROGRAM KHAS


        1.  Membuat perancangan aktiviti untuk menjayakan rancangan-rancangan yang telah dirancang.
        2.  Mengadakan  dan  menentukan  senarai  Jawatan  Kuasa  Khas  untuk  menjayakan  aktiviti  yang  telah
            dirancang.
        3.  Mengadakan taklimat kepada guru-guru  atau pelajar tersebut.
        4.  Membuat laporan dan dokumentasi untuk majalah dan laporan sekolah mengenai program yang telah
            dilaksanakan.
        5.  Memantau proses dan langkah-langkah pengurusan untuk menjayakan aktivii tersebut.
        6.  Menyediakan borang senarai semak.
        7.  Membuat garis panduan kasar mengenai aktiviti sebelum, semasa dan selepas program.
        8.  Memastikan langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi.
        9.  Memastikan program yang dirancang mematuhi peraturan sekolah dan undang-undang di Malaysia.
        10. Memastikan perbelanjaan berhemah semasa mengadakan program.



        TUGAS  DAN  TANGUNGJAWAB  PENGURUS  DAN  JURULATIH  SUKAN,  PERMAINAN  OLAHRAGA
        KELAB DAN MSSD
        1.  Melatih ahli pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan  antara sekolah.
        2.  Merancang latihan dan perlawanan persahabatan yang perlu dimasukan ke dalam takwim pasukannya
            dan serahkan kepada Setiausaha  Sukan untuk tindakan selanjutnya.
        3.  Memastikan keselamatan pelajar/ahlinya semasa dalam latihan dan pertandingan.
        4.  Memastikan  unsur-unsur  nilai  pendidikan  dan  nilai  murni  diserapkan  sama  ada  dalam  latihan  atau
            perlawanan. Elakan emosi dalam sukan dan fahami objektif sukan sebenar.
        5.  Membantu Setiausaha  Sukan dalam membuat gelanggang untuk latihan dan pertandingan.
        6.  (PENGURUS)  Menghadiri  mesyuarat  peringkat  daerah  dan  mematuhi  keputusan  minit  mesyuarat
            tersebut..
        7.  (PENGURUS)  Menyediakan  dan  melengkapkan  borang  tuntutan  tambang,  makan  dan  minum  serta
            pengangkutan  serta  keperluan  ahlinya  dalam  acara-acara  yang  dianjurkan  oleh  sekolah
            /PPD/JPNP/KPM atas persetujuan Pengetua.
        8.  (PENGURUS)  Mendapatkan  dan  menyimpan  surat  kebenaran  ibubapa/penjaga  sebelum  membawa
            ahli yang terlibat dalam sesuatu acara diluar kawasan sekolah. Salinan hendaklah diserahkan kepada
            Penolong Kanan HEM  atau Penolong Kanan Kokurikulum untuk makluman. Maklumat seperti senarai
            Nama  Peserta,  No  Tel/  Masa  pergi  dan  balik/Guru  pengiring  /tempat  dituju  dan  aktivitinya  di  tulis
            kepada Pengawal Keselamatan Sekolah untuk tindakan selanjutnya.
        9.  (PENGURUS)  Mengiringi  ahlinya  yang  terlibat  dalam  acara-acara  di  luar  kawasan  sekolah  serta
            pastikan Perkara (3) dan (8) telah dipatuhi.
        10. (PENGURUS)  Memaklumkan  setiap  keputusan  pertandingan  kepada  Pengetua,  Penolong  Kanan
            Kokurikulum dan Setiausaha Sukan untuk makluman dan rekod.
        11. (PENGURUS) Membuat laporan/Post Mortem  tentang prestasi pasukannya selepas pertandingan dan
            serahkan  laporan  kepada  Setiausaha  Sukan  untuk  tindakan  selanjutnya.  Semua  laporan  akan
            dibentangkan oleh Setiausaha Sukan semasa mesyuarat-mesyuarat penting.
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142