Page 140 - KESELURUHAN BPPS 2019 V1_Neat
P. 140
Buku Pengurusan & Takwim SMK Chenderiang 2019
134
13. Kehadiran Ahli
a) Rekod adalah disimpan oleh Ketua GP
b) Menandatangani Kad Kokurikulum pelajar yang hadir dalam setiap perjumpaan atau latihan dan
aktiviti hendaklah direkodkan di dalam Buku Log ( Unit Berunifom sahaja) atau Buku Laporan
Aktiviti unit masing-masing
c) Kad Kokurikulum hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan setelah tamat aktiviti tahunan untuk
pengiraan markah
14. Buku Log Pelajar
a) Setiap pelajar yang mengadakan aktiviti Unit Berunifom hendaklah dicatat ke dalam Buku Log.
b) Buku Log hendaklah ditandatangani oleh Ketua Penasihat.
15. Membuat dan menghantar Laporan Aktiviti Tahunan Unit Kokurikulum kepada GP Kokurikulum
mengikut format yang disediakan.
16. Membuat Rumusan Laporan Penilaian mengenai unit dibawah jagaannya dan diserahkan kepada PK
Kokurikulum untuk dimasukkan ke dalam perancangan tahun hadapan. Semua salinan laporan
hendaklah disimpan didalam fail unit.
17. Merumus tuntutan tambang perjalanan dan keperluan ahlinya yang terlibat mewakili sekolah dalam
sesuatu pertandingan atau aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.
18. Mencadangkan nama-nama AJK dan ahli yang layak dipertimbangkan menerima Sijil Penghargaan
19. Memastikan semua maklumat seperti Fail Persatuan, Buku Laporan, Buku Log dilengkapkan sebelum
diserahkan kepada Penyelaras, Setiausaha Kokurikulum atau Penolong Kanan Kokurikulum untuk
tujuan semakan apabila diminta.
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU RUMAH SUKAN
1) Mengendalikan mesyuarat Agong dan perjumpaan rumah sukan:
a) melantik AJK.
b) membincangkan tentang yuran ahli.
c) membincangkan aktiviti sukan.
2) Memberikan bimbingan tentang pemilihan atlit untuk mewakili rumah sukan.
3) Mengadakan program latihan ahli-ahli rumah sukan.
4) Menentukan jadual tugas latiihan untuk guru ahli dan AJK pelajar.
5) Mencatat kehadiran guru dalam latihan rumah sukan dan merentas desa.
6) Memastikan langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan dan
kecelakaan.
7) Memastikan semua peralatan sukan diambil dan dipulangkan semula dalam keadaan yang baik dan
buat laporan kpd QM jika berlaku sebarang kerosakan.
8) Memastikan ( pendaftaran acara ) senarai nama atlit yang mengambil bahagian dihantar kepada
urusetia sukan mengikut tarikh yang ditentukan.
9) Membantu setiausaha sukan menjayakan sukan sekolah dan merentas desa.
10) Membantu setiausaha membuat laporan dan post mortem sukan dan merentas desa.
11) Membantu setiausaha sukan membuat dokumentasi dan laporan untuk majalah sekolah.
12) Mencatat kehadiran pelajar pada Kad kokurikulum semasa latihan dan acara sukan dan merentas desa
sekolah.
13) Menyerahkan semua dokumentasi dan fail yang telah dikemaskinikan kepada s/u sukan selepas tamat
acara sukan dan merentas desa peringkat sekolah.