Page 135 - KESELURUHAN BPPS 2019 V1_Neat
P. 135
Buku Pengurusan & Takwim SMK Chenderiang 2019
129
17. Halatuju Kokurikulum
Penglibatan sekolah dalam kokurikulum sepanjang tahun.
i. Penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan dan permainan , pasukan beruniform,
persatuan dan kelab.
ii. Mengambil bahagian dalam acara-acara tertentu sukan dan permainan,
pasukan beruniform di peringkat daerah dan negeri mengikut keputusan mesyuarat
peringkat sekolah.
iii. Melahirkan atlit dan pemain yang berwibawa untuk mewakili daerah dan negeri.
iv. Memastikan setiap pelajar mencapai tahap kesihatan dan kecergasan fizikal serta
mental dan sosial yang sempurna.
v. Berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap pertandingan , sekurang-kurangnya 3
terbaik .
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KOKURIKULUM
1. Menghadiri Mesyuarat ,Taklimat dan Perjumpaan untuk merancang aktiviti kokurikulum.
2. Melibatkan diri secara aktif dalam mesyuarat serta program sekolah
3. Membantu Penolong Kanan Kokurikulum menyelia, menilai dan memantau aktiviti kokurikulum sekolah
a) Sukan dan Permainan
i) Membantu Penolong Kanan Kokurikulum merancang, melaksanakan dan menyelia kegiatan
sukan dan permainan disemua peringkat
ii) Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
iii) Membantu mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai
matlamatnya
b) Kelab dan Persatuan
i) Membantu menyelaras dan menyelia aktiviti persatuan.
ii) Membantu dalam pelaksanaan program kelab dan persatuan mengikut jadual.
c) Unit Berunifom
i) Membantu merancang strategi penglibatan Unit Berunifom di sekolah.
ii) Membantu menyelaras pelaksanaan kegiatan Unit Berunifom di sekolah.
iii) Membantu memastikan kegiatan dirancang mengikut jadual.
iv) Membantu menyelaraskan kegiatan takwim Unit Berunifom di semua peringkat.
d) Pengurusan
i) Membantu mengurus dan melaksanakan setiap bidang kokurikulum.
ii) Membantu menyediakan anggaran belanjawan setiap unit dan peringkat.
iii) Membantu menentukan langkah-langkah keselamatan dalam setiap program dan aktiviti telah
diambil.
iv) Membantu menguruskan semua dokumentasi untuk majalah sekolah, penerbitan, keperluan
analisis di semua peringkat.
v) Menyediakan kertas kerja perancangan untuk dibentangkan dan dihantar seperti Anggaran
Belanjawan Unit, Program Kecemerlangan, Program Khas Sekolah, Projek Inovasi dan
sebagainya
vi) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan dan dihantar seperti Laporan Aktiviti
Tahunan, Laporan Program Khas, Laporan Sukan dan sebagainya.
vii) Membantu dalam proses pembahagian dan pendaftaran pelajar dalam kumpulan, data-data
pelajar dalam kokurikulum, pendaftaran rumah sukan, pendaftaran unit- unit kokurikulum.
viii) Membantu Setiausaha Sukan dalam pengurusan dan penyeliaan alatan sukan dan alatan
kokurikulum di semua peringkat.