Page 22 - KESELURUHAN BPPS 2019 V1_Neat
P. 22
Buku Pengurusan & Takwim SMK Chenderiang 2019
22
1.1 Pengenalan
1.1.1 Kata Alu-aluan Pengetua
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua staf SMK Chenderiang yang saya
kasihi. Jutaan terimah kasih atas kalungan budi yang telah dicurahkan oleh semua staf SMK
Chenderiang. Semua cabaran dalam merealisasikan pendidikan bagi membentuk modal insan
yang seimbang akan sama-sama kita tempuhi dengan penuh komitmen. Malah, kita akan
berusaha menjayakannya dengan azam ‘muafakat membawa berkat’. Saya yakin pada tahun ini,
SMK Chenderiang akan mengikut landasan yang sama-sama kita dukung iaitu “Kebersamaan
Serlahkan Kasih Sayang (BPTS).
Justeru, Buku Pengurusan dan Takwim Sekolah 2019 ini mudah-mudahan akan menjadi
titik tolak untuk kita meneruskan kecemerlangan dalam meningkatkan kualiti organisasi.
Kecemerlangan sekolah sewajarnya diukur melalui kualiti Kemanjadian Murid dan Kualiti Sekolah.
Kita kena bersama untuk Melangkah Ke Hadapan untuk merealisaikannya. Saya amat berharap
agar Buku Pengurusan dan Takwim Sekolah 2019 ini akan memberi pengetahuan dan
pemahaman dalam kita mengharungi semua tugas harian sebagai staf SMK Chenderiang
sepanjang tahun ini. Penambahbaikan Buku Pengurusan dan Takwim Sekolah 2019 akan dibuat
agar terus relevan dengan kehendak semasa. Semoga dengan adanya Buku Pengurusan dan
Takwim Sekolah 2019 ini, staf SMK Chenderiang akan melonjakan kualiti perkhidmatan sebagai
pemangkin kecemerlangan dalam semua aspek yang telah dirancang.
Akhir kalam, sesungguhnya kitalah yang menjadi pencetus kegemilangan anak-anak didik
kita yang akan menjadi modal insan untuk kebaikan agama, bangsa, dan negara. Marilah
bersama-sama merealisasikannya. Wassalam. Sekian, terima kasih.
Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa,
Bersatu hati amalan baik,
Elok diamalkan setiap masa.
Sekian, terima kasih.
HJ. AHMAD MASRI BIN ABDUL RASID
PENGETUA