Page 24 - KESELURUHAN BPPS 2019 V1_Neat
P. 24

Buku Pengurusan & Takwim SMK Chenderiang  2019

                                                                                                              24
               1.1.3  Sejarah Sekolah


                        Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang, Temoh, Perak atau
                        ringkasannya SMKC terletak pada satu kawasan seluas 15 ekar.
                        Kerja-kerja pembinaan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan

                        Chenderiang bermula pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada
                        akhir tahun 2002. Care taker pada masa ini ialah Encik Mazlan bin

                        Palid dan Encik Abdul Manaf bin Asmuni. Apabila Encik Abdul Manaf bin Asmuni
                        berpindah ke JPN Ipoh pada Oktober 2002, tempatnya digantikan oleh Encik Mazli bin
                        Talip. Difahamkan bahawa kos keseluruhan pembinaan sekolah ini sebanyak

                        RM 13 juta. Bangunan ini telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Perak
                        pada 29 November 2002.

                        Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang dibina bagi memenuhi
                        keperluan persekolahan anak-anak tempatan. Sebelum ini penduduk di
                        kawasan ini terpaksa menghantar anak-anak mereka bersekolah di

                        Tapah ataupun Kampar yang jaraknya melebihi 12 kilometer.
                        Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang mula beroperasi secara
                        rasmi pada 6 januari 2003. Ketika ini, murid kelas peralihan dan tingkatan 1

                        mula ditempatkan di sekolah ini. Pada masa yang sama, murid-murid
                        tempatan tingkatan 2 yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
                        Sri Tapah, Sekolah Menengah Hamid Khan dan Sekolah Menengah

                        Kebangsaan Buyong Adil dipindah masuk ke sekolah ini. Jumlah
                        keseluruhan murid pada masa ini ialah seramai 320 orang murid.

                        Jumlah Kelas pula sebanyak  11 kelas. Jumlah guru pada masa ini seramai
                        12 orang dan staf sokongan seramai 10 orang.
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29