Page 3 - MAJLIS PERASMIAN SUSTAINABLE ENERGY LAKE RECREATIONAL CENTER (SELReC)
P. 3

PENGURUSAN TENAGA LESTARI


         PSAS MELALUI PEMULIHARAAN


          TENAGA, KECEKAPAN TENAGA


           DAN APLIKASI TENAGA HIJAU







                               P  E  N  G  E  N  A  L  A  N



        Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) melalui Kontrak
        Prestasi Tenaga (EPC) telah melaksanakan langkah-langkah
        penjimatan tenaga secara menyeluruh bermula tahun 2017.
        Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Lestari (SEM) PSAS telah
        ditubuhkan bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan

        pelan tindakan pemuliharaan tenaga, kecekapan tenaga dan
        aplikasi tenaga hijau yang berpotensi menyumbang kepada
        penjimatan tenaga elektrik PSAS.




        "Audit Penilaian telah dijalankan oleh
        PSAS dengan kerjasama Green Technology

        Sdn Bhd dan Taiace Engineering Sdn. Bhd.
        untuk menilai potensi pengurangan

        penggunaan tenaga elektrik di kawasan

        kampus PSAS."




        Kaedah Whole Facility telah digunakan untuk mengukur
        jumlah penggunaan tenaga elektrik dan Energy Efficiency
        Index (EEI) digunakan sebagai indikator bagi mencapai
        sasaran objektif. Sepanjang pelaksanaan EPC ini, terdapat

        tiga fasa pelaksanaan yang dilakukan sebelum kesan
        penggunaan tenaga dapat ditentukan iaitu pemantauan
        audit tenaga, pemasangan dan pemantauan. Purata

        penggunaan tenaga elektrik PSAS pada tahun 2017 adalah
        359,614 kWh menunjukkan penurunan jumlah tenaga
        berbanding data baseline tahun 2013 iaitu 416,470 kWh
        sebelum pelaksanaan Sustainable Energy Management
        System (SEMS) dan Energy Saving Measure (ESM).
   1   2   3   4   5   6   7   8