Page 4 - MAJLIS PERASMIAN SUSTAINABLE ENERGY LAKE RECREATIONAL CENTER (SELReC)
P. 4

Selaras dengan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) juga, kerajaan Malaysia

          menekankan aspek pemuliharaan kelestarian alam melalui teknologi hijau.
          Sehubungan dengan itu, PSAS melalui pentafsiran kurikulum berteraskan
          Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) berkaitan kelestarian tenaga juga telah
          menterjemahkan kandungan kurikulum kepada aplikasi di tapak projek atau

          infrastruktur sebenar bagi memberi pendedahan awal secara langsung kepada
          warga PSAS terutamanya kepada bakal graduan dan komuniti sekitarnya.




          "PSAS melalui Pelan Tindakan Bersepadu Sistem

          Pengurusan Tenaga Lestari PSAS telah membangunkan

          tasik PSAS sebagai Sustainable Energy Lake Recreation
          Center PSAS (SELReC) yang berfungsi sebagai pusat

          pengaplikasian pelbagai aplikasi teknologi hijau. "




          Penglibatan secara aktif hasil projek pelajar dirancang untuk diaplikasikan secara
          terus di SELReC. PSAS yang telah dilantik sebagai Pusat Pentauliahan Sijil
          Kecekapan Kemahiran CIDB – Solar Installer untuk Politeknik dan Kolej Komuniti

          Malaysia juga dapat melebarluaskan fungsi SELReC sebagai pusat latihan teknikal
          berkaitan bidang pemasangan solar.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9