Page 5 - MAJLIS PERASMIAN SUSTAINABLE ENERGY LAKE RECREATIONAL CENTER (SELReC)
P. 5
Secara keseluruhannya, SEM mampu memberi kesan
positif ke atas penggunaan tenaga elektrik di kampus PSAS
di mana secara tidak langsung dapat mengurangkan
pembebasan karbon dioksida (CO2) bagi memenuhi dasar
dan polisi kerajaan Malaysia serta menjadi salah satu sistem
sokongan kepada Sistem Pengurusan Kualiti PSAS yang
diiktiraf peringkat nasional dan antarabangsa. Secara tidak
langsung dengan menyahut dasar kerajaan ini juga mampu
menyokong penghasilan graduan yang terdedah kepada
amalan cekap tenaga sebagai pemangkin ke arah
melahirkan graduan politeknik yang lebih berkualiti dan
mampu meningkatkan lagi daya kebolehpasaran kerja
graduan PSAS.
"Penglibatan TAIACE Engineering Sdn Bhd
sebagai pemain industri sektor kecekapan
tenaga dan Akademi Binaan Malaysia
sebagai pusat latihan CIDB badan
pemantau industri pembinaan di
Malaysia, perkongsian dan pemindahan
teknologi antara pemegang taruh dapat
ditingkatkan dengan berkesan melalui
SELReC PSAS."
Penglibatan pihak industri dalam menyokong pencapaian
Pelan Induk Teknologi Hijau ini bakal memantapkan
pencapaian ke tahap tertinggi selaras dengan visi dan misi
PSAS menuju ke arah menjadi institusi TVET Perdana
Terpimpin dalam menyediakan warga PSAS dan graduan
yang memenuhi kehendak dan keperluan industri terkini.