Page 3 - Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan 2019_Neat
P. 3

Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan 2019
                                                                         SK LKTP Tenggaroh 7,
                                                                 Jalan Cermai, Felda Tenggaroh 7,
                                                                          86810 Mersing , Johor

                                                    Kata alu-aluan

                                  Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh


                   Syukur  Alhamdulilah  dipanjatkan  ke  hadrat  Ilahi  kerana  dengan  rahmatNya  kita
                   dipertemukan  untuk  bersama-sama  merencana  dan  melaksana  amanah  dan
                   tanggungjawab dalam kesempatan dan kesihatan yang baik. Tahun 2019 merupakan
                   tahun  keempat  kita  berada  digelombang  kedua  PPPM  2016-  2020  yang  menjadi
                   tonggak dan sandaran warga pendidik seluruh negara iaitu mengubah sistem dengan
                   memberi  sokongan  kepada  guru  dan  penekanan  kepada  kemahiran  asas.  Dalam

                   proses mengupayakan guru ini, tentunya akan berlaku peningkatan dalam kemahiran
                   guru dan kualiti pengajaran.
                          Amanah  dan  tanggungjawab  yang  digalaskan  di  bahu  kita  tidak  pernah
                   menemui  titik  noktahnya.  Memang  amanah  dan  tanggungjawab  kependidikan  ini
                   berat dan sukar. Tidak ada jalan pintas untuk kita melakukannya. Tidak ada tongkat

                   ajaib yang boleh menjelmakan hasil yang terbaik dalam sekelip mata. Sebaliknya, kita
                   perlu  akur  dengan  realiti  semasa,  jujur  melakukan  pembetulan  dan  mengambil
                   langkah berani untuk melonjakkan prestasi pendidikan negara. Kita digalakkan untuk
                   sentiasa  berusaha  dan  berharap  agar  apa  yang  dirancang  menghasilkan  pulangan
                   yang  optimum.    Hari  ini,  kita  berdepan  dengan  cabaran  yang  pelbagai  dan  rencam
                   terutama  bagaimana  kita  mampu  menjadi  “agen  perubahan”  kepada  pembinaan
                   modal  insan  yang  cemerlang  dan  berkualiti.  Melalui  transformasi  pendidikan  yang

                   dibawa  oleh  kepimpinan  atasan,  kita  yakin  bahawa  ramai  pelajar  yang  bermutu,
                   berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan.
                          Transformasi  memerlukan perubahan asas bagi mengubah pelaksanaan idea
                   dan tindakan secara tidak langsung perwatakan organisasi juga akan turut berubah.
                   Ia  memberikan  fokus  pada  tindakan  dan  hasil  yang  dapat  dilihat  dan  dinikmati.

                   Peningkatan dalam produktiviti secara nyata hanya akan terhasil sekiranya perincian
                   sasaran dan had masa yang perlu dapat dituruti.  Semoga warga pendidik SK LKTP
                   Tenggaroh  7  akan  terus  tabah  dan  cemerlang  sebagai  suri  teladan  dan  peneraju
                   proses pengajaran alaf ke 21.


                   Saya yang benar,



                   ( EN AZLIE BIN AYES )
                   Guru Besar
                   SK LKTP Tenggaroh 7, Mersing, Johor.







                   Muka Surat 2 | B u k u   P e n g u r u s a n   d a n   T a k w i m   P e r s e k o l a h a n   2 0 1 9
   1   2   3   4   5   6   7   8