Page 5 - Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan 2019_Neat
P. 5

Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan 2019
                                                                         SK LKTP Tenggaroh 7,
                                                                 Jalan Cermai, Felda Tenggaroh 7,
                                                                          86810 Mersing , Johor

                                                 SEJARAH SEKOLAH
                             SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENGGAROH 7, MERSING


                   Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 7 terletak di dalam gugusan Felda Tenggaroh,
                   kira-kira 60 km ke selatan Bandar Mersing. Sekolah  ini  telah ditubuhkan pada  1hb.

                   Disember  1994. Pada  awal penubuhannya, sekolah ini adalah di bawah pentadbiran
                   Puan Laila binti Hassan sebagai guru besar yang pertama.

                          Bangunan asal sekolah terdiri 3 blok bangunan dua tingkat dan sebuah blok
                   kantin.  Jumlah  guru  ketika  itu  adalah  seramai  13  orang.  Jumlah  murid  pada  awal
                   penubuhannya adalah seramai 183 orang. Tidak berapa lama selepas penubuhannya,
                   sebuah blok makmal komputer 2 tingkat telah didirikan.


                          Sejak ditubuhkan, sekolah  ini telah diterajui oleh 10 orang Guru Besar iaitu
                   Puan  Laila  binti  Hassan,  Encik  Shafie  bin  Yusuf,  Encik  Zulkifli  bin  Hj  Daud,  Puan
                   Maziah  binti  Md  Lazim,  Pn.Hjh  Rohani  binti  Abd  Ghaper,  Puan  Rosni  binti  Kassim,
                   Puan Zabidah binti Abdullah, Puan Norlela binti Daud, Puan Sharifah Lisa binti Syed

                   Ali  Hassan dan kini  En  Azlie bin Ayes. Semua  Guru Besar  mempunyai  misi dan  visi
                   yang sama ke arah kecemerlangan.

                          Setiap  tahun  pencapaian  dalam  peperiksaan  UPSR  semakin  meningkat  dan
                   kejayaan yang amat membanggakan telah dicipta pada tahun 2012 dengan GPS 1.46
                   dan  telah  berjaya  merangkul  anugerah  sekolah  FELDA  terbaik  Negeri  Johor  bagi
                   kategori  Sekolah  Kurang  Murid.  Sehingga  kini,  pelbagai  kejayaan  dalam  bidang

                   akademik  dan  kokurikulum  telah  menaikkan  nama  sekolah  ke  peringkat  yang
                   tertinggi.

                          Pelbagai  perubahan  telah  dilakukan  dari  segi  penambahan  fizikal  sekolah
                   agar  dapat  memberi  keselesaan  kepada  pelajar  untuk  belajar  dan  menepati  arus

                   standard  pendidikan  masa  kini.  Semangat  dan  suasana  menimba  serta  mencurah
                   ilmu  sentiasa  berkobar-kobar  dalam  kalangan  murid  dan  guru-guru.  Pelbagai
                   program  kecemerlangan  dirancang  dan  dilaksanakan  bagi  mempastikan  Sekolah
                   Kebangsaan  LKTP  Tenggaroh  7  terus  maju  sesuai  dengan  gagasan  “Bersatu  Tuju
                   Mercu”.












                   Muka Surat 4 | B u k u   P e n g u r u s a n   d a n   T a k w i m   P e r s e k o l a h a n   2 0 1 9
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10