Page 7 - Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan 2019_Neat
P. 7
Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan 2019
SK LKTP Tenggaroh 7,
Jalan Cermai, Felda Tenggaroh 7,
86810 Mersing , Johor
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SK LKTP Tenggaroh 7 akan berusaha dan bertanggungjawab :
Memberikan ilmu yang secukupnya kepada murid
Menyediakan suasanan pembelajaran yang yang kondusif
Membentuk insan yang berakhlak mulia dan kreatif
Memupuk perpaduan antara sekolah dan komuniti
Melengkapkan sahsiah generasi berilmu menuju wawasan negara
OBJEKTIF SEKOLAH
1. Dapat memupuk sikap berdaya saing antara pelajar dan pembinaan jati diri yang
sempurna.
2. Menyediakan iklim persekitaran sekolah yang kondusif.
3. Warga sekolah dapat menghayati budaya kerja cemerlang dan proaktif.
4. Meningkatkan tahap pencapaian akademik untuk melayakkan pelajar ke sekolah
berasrama penuh dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi.
5. Meningkatkan penyertaan pelajar secara holistik dalam semua bidang disamping
melahirkan pelajar yang berketerampilan
Muka Surat 6 | B u k u P e n g u r u s a n d a n T a k w i m P e r s e k o l a h a n 2 0 1 9