Page 30 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 30

sebagai contoh dalam hukum-hakam perkahwinan, syarak
              memerintahkan wali untuk mengahwinkan perempuan, dan
              bukannya perempuan sendiri yang mengahwinkan dirinya
              sendiri. Ini bertepatan dengan maslahah iaitu menjaga maruah
              perempuan dan menunjukkan sifat-sifatnya malu. Maslahah
              dalam contoh ini adalah pada tahap tahsinat (Al-Tufi, 1407H,
              3:206).

              al-Ghazali memberikan contoh tahsinat ialah ketidaklayakan
              orang yang berstatus hamba sahaya untuk menjadi saksi.
              Walaupun tidak ada darurah dan tidak ada  hajah untuk
              menafikan kelayakan hamba sahaya untuk menjadi saksi, tetapi
              syarak melihatnya dari sudut tahsin iaitu disebabkan oleh
              kedudukan hamba sahaya yang rendah, maka dia tidak layak
              untuk menjadi saksi kerana saksi adalah satu kedudukan yang
              tinggi (1390H, 169).

































                   tadbir urus berteraskan
              18 maqasid syariah
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35