Page 25 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 25

3.   memelihara akal

              Pemeliharaan akal ertinya memberi perlindungan kepada
              akal manusia dari apa-apa yang akan merosakkan. akal
              wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan
              ilmu pengetahuan yang bermanfaat. semua unsur-unsur
              yang menjurus pada kehilangan dan merosakkan akal serta
              pemikiran seperti arak, dadah serta filem yang merosakkan,
              sudah semestinya dibanteras dan dihalang dengan segera.

              selain itu, penyediaan infrastuktur dan sistem pendidikan
              yang holistik serta terbaik menjadi tanggungjawab kerajaan
              bagi membolehkan setiap rakyat mendapat pendidikan
              sempurna.

              Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan asas untuk
              mencapai kemajuan dan mewujudkan umat yang
              bertamadun. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, faktor
              ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya
              menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang
              bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga
              memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap
              pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.

              4.  memelihara keturunan


              Konsep memelihara keturunan melibatkan perlindungan
              dan pemeliharaan keturunan. Ia adalah penting untuk
              membentuk masyarakat yang sihat, produktif dan berkesan.
              Keturunan wajib dipelihara demi menjaga sistem sosial
              dalam masyarakat. apabila keturunan telah rosak dengan
              sebab menyalahi  agama dan tabi’ie manusia seperti
              penzinaan, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya,



                                                 tadbir urus berteraskan
                                                 maqasid syariah     13
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30